Wednesday, August 5, 2009

Dah tengok ke

Den rasa dah lama dah RM50 baru ni keluar tapi den ni kan ketinggalan zaman sikit….lagi pun tak pernah dapek pun duit baharu tu. Masa minum ngan kawan2 den kat Warung Pak Saleh ari tu….kawan opis den kata sapa nak tengok duit RM50 baru angkat tangan. Tak kuaso nak angkat tangan. Rupo2nyo bukan den yo ketinggalan zaman…ramai layi yang lain tu tak tengok lagi…tapi tak lah jakun sangat macam den ni….siap nak tukar lagi….nak tunjuk kat abeshuk lah….Tapi den leh terlupa lah pulak pasal duit RM50 ni….maklumlah jarang bukak beg duit….asyik ditaja yo….kah…kah.

Den baru teringat duit RM50 baru bila den nak bayar barang kat Pasar Malam….barang sehinggit tapi den nak bagi duit RM50 baru…sebab sekali pandang macam duit sehinggit je…2 kali pandang memang duit RM50 le……Amat berbahaya pada orang2 yang nak cepat ni…bagi RM50 terus blah…..kena berhati2 lah yo. Nasib baiklah den perasan ari tu kalau tak rugi RM49 hinggit….he.he…







Antara ciri2 keselamatan baru :


1.Cetakan braille yang terasa apabila disentuh

2. Potret dengan pandangan tiga dimensi

3.Imej songket dengan rekabentuk sama depan dan belakang

4.Imej angka 50 yang pelbagai warna

5.Cetakan intaglio wajah Yang Di-Pertuan Agong yang pertama

6.Cetakan holografik bunga raya dan benang keselamatan

7.Teks dan logo menegak

8.Fiber keselamatanberwarna merah, kuning dan biru

9.Angka 50 yang tersembunyi dalam warna merah dan hijau

10.Nombor siri yang timbul di bawah cahaya ultra ungu

11.Cetakan lukisan mikro


Member den siap bagi tips nak tengok duit baru tu ori ke tiruan....cam mana tanya den dengan jujur sejujurnya....mulo2 lipat duit tu macam yang den wat tu....lipat betol2 tau.....bucu dio kena letak betol2 kek hidung Gabenor tu....dah buek....



Lepas tu kalau Gabenor tu tak bersin maknanyo duit tu ori lah...kah..kah...den pun terkena gak....


2 comments:

Unknown said...

Alamak... tertinggal ketepi la... Ms Birthday aritu adela bwk RM50 baru tp tk tunjuk ingat sume dh ade... :)

Bidarabiru said...

Kalau setakat nak bagi tengok je buat hape....kasi teruslah kalau berani