Friday, August 7, 2009

Syoknya...Bestnya... Wetlands

Hari ni…ari jumaat…weols decide ambik cuti…memang waktu ni staf digalakan ambik cuti pun sebab student kan tak de……So bila dah cuti ni sudah semestinya ada program jalan2 lah….Lip Lap pun cuti jugak le tak kan nak tinggal kot…meraung nanti…..

Lip lap tengah lentok dalam perjalanan ke Wetlands

Abeshuk cadangkan weols gi Paya Indah Wetlands …tempat tu sesuai waktu wabak2 ni….sebab tak ramai orang lagi….tapi semalam bila dia telepon tak de orang angkat lah pulak…risau gak takut ditutup….tapi dengar2 dah dibuka balik….confiuslah…..tak pe lah macam biasa kita TERJAH je….siap bawa bekal lagi…takut2 tak de tempat makan…..den memang tak leh gambarkan Wetlands tu macam mana….ingatkan tempat mandi manda macam Wet World….


Pintu masuk utama...alhamdulliah dah buka rupanya untuk orang awam sejak bulan Okt 2008 lagi


Entrance masuk ke Wetlands.....sorrylah malas nak turun keta...so gambar tak penuh le...

Macam biasa model tetap tak berbayar bagi blog den tengah menjalankan tugas dengan penuh rela paksa....dari kiri gerak....


So pagi2 lagi dah bertolak….smooth je perjalanan…ikut jalan lama je…So bila sampai kena gi kaunter dulu….abeshuk kata kena bayar….tengok2 dia bagi sticker je dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Yahoo yabedabedu…free.....dah lah tu tak de orang lain pun….damai betul…Jalan2 pulak boleh bawa keta tau…



Den bawa Lip Lap jalan2 sekitar kaunter


Dapatkan pas pelawat kat kaunter....so lepas tu leh lah keta berlegar dalam Wetlands tu


Tengah meneliti map...mana mau pergi dulu hah....

Destinasi pertama adalah gi tengok badak air atau nama glamournya Hippo. Sepanjang hidup den memang tak pernah tengok hippo secara live. Ni lah first time…selalu tengok blue hippo je. Iye lah setahu den kat zoo pun tak de….Hippo ni menurut kata penjaganya ia adalah projek usahasama kerajaan Malaysia dengan Boswana. Boswana bagi 3 hippo, Malaysia bagi tapir….nape le tak bagi semua khinzir kat Malaysia ni kan….he..he….Jangan tak tau weols pun berkesempatan bagi hippo makan tau…takut2 berani…..takut tangan hilang.




Mula2 tengok dari jauh je......tengok keadaan dulu.....

Pemberi makan tu siap letak ubat cacing lagi dalam buah betik.......


Den pun mencoba nasib....mengena sasaran...maklum la sharp shooter masa kat sekolah dulu....iye ke


Tiga ekor hippo Juwita, Kundra dan Cendana...2 betina 1 jantan....yang tak de dalam gambar tu namanye juwita....pemalu sikit....makan kat bawah dan tak nganga pun...tak de gigi kot...


Takut2 je abeshuk ni...setakat ni hippo tak makan orang lagi lah


Hippo ni asyik menyandar je sambil nganga mulut minta makan...cam malas yo



Kundra ni asyik bukak mulut je.....pantang suruh...paham lak tu bahasa melayu

Akhirnya campakan abeshuk masuk gak ke sasaran setelah 2 kali tersasar kebawah.....


Boleh memecut rupanya hippo ni.....ingatkan slow....rupanya boleh masuk lumba lari ye.....

Maklumat tentang badak air...kalau nampak bacalah sendiri


Lepas tu gi kolam buaya. Ada gak buaya tu timbul…malu2 kucing aksi dia. Tapi kalau nak syok gi ari Sabtu ngan Ahad lah…sebab buaya2 tu akan diberi makan pada hari2 tersebut je….ari lain buaya kena posa.

Tasik ni didiami oleh beberapa spesies kasanova.....malas nak tengok

Lepas gi kolam buaya….singgah tengok staf2 kat sana tengah proses telur asin. Semua teluk2 itik yang diperolehi dikumpulkan. Best gak tengok orang wat gotong royong sama2 …rasa2nya budak2 praktikal tu….depa pun ramah2…maklum le tak de pengunjung…so bila ada tetamu tu depa layan baik punye….pantang ditanya...


Ingatkan apa tadi berkumpul ramai2....rupa2 nya tengah wat projek telur asin

Telur yang telah direndam air masin selama...entah tak tanya pulak....sedang dibersihkan


Telur2 asin tu kemudiannya disalut dengan tanah liat buatan sendiri


Telur asin di lapiskan dengan serkam padi....

Lepas dah siap simpan 2 minggu sebelum boleh di mamam

Lepas tu gi taman dia tengok pelandok, beberapa sepesis ayam, arnab, tikus dan beberapa ekor lagi binatang yang tinggal dalam satu taman yang cantik. Kira hidup aman damai lah….


Jurufoto amatur pun tengah mencuba nasib.....bolehlah......


Napoh tengah menikmati lunch....kat belakang dia ada mickey mouse


Ni spesis ayam apa tak dan nak baca lah pulak


Gaya seorang jurufoto profesional tu dah ada......cayalah
Destinasi seterus gi tengok chalet2 kat dalam Wetlands tu….belum lagi beroperasi pada orang awam. Bila den tanya harga dia…depa kata baru wat sebut harga….. RM120 sebilik ….kira ok lah tu sebab den masuk tengok ….cantik….kalau tak nak chalet…dorm pun ada….harga tak tau lah…. Kat sini ada chalet Agung tau...tapi tak dan nak tengok. Agung kita selalu gak naik kuda kat sini.


Siap ada beranda lagi....kalau minum kopi ngan biskut kat sini best ni....


Kerusi antik tu....mana nak dapat bilik besar dan cantik gega RM120 semalam tau...

Peralatan dalam hotel masih tak lengkap lagi....tv tak de lagi lah


Ada bath tube tu.....


Katil baru lah beb...belum ada orang rasmi lagi.....klasik....guna kayu jati tu

Weols makan kat gazebo yang ada kat chalet2 tu…..berlatar belakangkan tasik yang penuh ngan pokok teratai…Nasib baik lah bawa bekal…sebab restoren dan kedai makan kat dalam Wetlands masih belum beroperasi lagi.

Banyak gazebo kat sini...pilih lah mana satu yang suka....bermaharajalela nampak.... abeshuk siap ajak makan kat beranda chalet lagi...melampau tu....


Ni abah bawa Lip Lap makan kat depan hotel lah ni....Lip Lap yang tak puas hati....ajak makan kat hotel....


Jemput2...sila...makan apa yang ada....tak leh banyak songel....kat sini tak de tempat makan tau
Lepas makan gi semula kat kaunter pendaftaran untuk tengok ular albino….tapi buat sementara ni ular tersebut tengah salin kulit…so di simpan ditempat lain….kata makcik kat situ ular tu kena letak tempat lain sebab masa dia salin kulit dia gak sensitif dan suka mematuk …walaupun tak de bisa tapi sakit gak kalau dia dia batuk…gaya makcik tu citer macam dah kena patuk je….kah…kah…


Den siap buat temuramah eksklusif lagi ngan staf kat kaunter pertanyaan.....banyak maklumat dapat tu...


Oh pocot...baru nampak ular dalam gambar pun dah terperanjat.....


Lip Lap tengah cari ular albino dalam balang tu....jumpa ke....


Last sekali weols tengok kolam tempat memancing…free aje memancing kat sini….kalau dapat ikan boleh bawa balik tapi kena maklumkan lah dulu…ari tu ada orang dapat ikan 9 kilo…..dan den dengar dalam kolam tu ada ikan arapaima….seekor ikan arapaima pernah dimasukkan dalam kolam tersebut pada masa pengurusan lama dulu.... tapi sampai sekarang tak de lagi orang dapat tangkap.

Kat bawah tu tempat orang memancing...nampaknya macam ada sarang bela ikan tu.....malas lak nak turun tengok


So sapa2 yang memancing kat sini kalau dapat ikan arapaima...kena pulangkan tau...tu hak kerajaan Malaysia tau....
So balik aje dari Wetlands terus ke pekan Banting cari hotel….den dengan Lip Lap lepak kat hotel sementara abeshuk gi cari masjid untuk sembahyang jumaat. Punye lah lama gi sembahyang rupa2nya sembahyang kat Masjid Kg Kachong Darat Morib…fuh…jauh tu…jalan2 sambil beribadah yo…..abeshuk kata masjid yang dekat ngan hotel tu susah nak cari u turn....apa2 je lah janji selamat.

Aktiviti wajib bila mula2 masuk mana2 bilik hotel....test spring katil......tak pe lah...jangan diamalkan kat rumah udah le....patah katil ibu nanti



Weols ambik bilik deluxe kat Hotel City....ok lah selesa gak....hotel ni pun jumpa masa dalam pekan Banting...


Gaya seorang kanak2 yang sangat shuke dok kat hotel....

No comments: