Monday, August 3, 2009

Status Terkini

Anak buah den kat Uniti dah dapat cuti seminggu kerana wabak H1N1. Masa kakak den ambik anak dia kat Uniti dia tanya den tak cuti ke.TAKKKKKKK. Mendengarkan suara den yang begitu nazak dia agak terperanjat. Nape ko ni. DEMMMMMMMAM. Ko dah cek. DAAAAAAAAH.

Esok nya siap datang melawat den lagi....kalau keadaan den teruk...kakak den kat KL pun nak datang. Eh tak yah lah kalau orang suspek H1N1 jangan lah datang melawat nanti berjangkit lah. Telepon dah memadai. Buat kata abeshuk beringat sebelum terkenakan. Anyway dah datang lawat dah pun...siap bawa 3 biji buah kelapa muda lagi....siap nak tangkal lagi.....terima kasih aje lah kerana ingat gak kat den. Mekasih gak kat dak busu, andak, klong dan acik yang telepon dan suruh den makan ubat dan banyak2 minum air suam.

Status den hari ni masih lagi tidak sembuh sepenuhnya. Selsema masih tak baik tapi suara dah ok. Badan dedar je. Esok ingat nak gi lagi Klinik Kesihatan.

Berita terkini dari poly. Dari 5 orang student yang dikuarantin 4 orang positif H1N1. Seorang tak buat cek. H1N1. Itu yang dicek...yang tak dicek tak tau lah lagi. Tapi yang musykilnya PPD masih lagi tak ditutup sebab Kementerian Kesihatan tak keluarkan surat spy PPD ditutup. Macam tu pulak ke. So staf yang demam dinasihatkan ambik cuti tahun. Pulak.

So dari Jab Perdagangan ....sapa2 yang mengajar student DSK1s3 dan DPR1s2 kenalah kuarantin kan diri sendiri ye....


Ni lah hasil laporan keputusan makmal yang diterima dari KK.




Ini amalan yang baik....he..he....tetamu yang bawa makanan....

Bekalan buah kelapa muda yang dibawa oleh kakak den.....dikopek serta merta oleh abeshuk untuk santapan den.....rasa macam demam campak lah pulak


Kalau nak wat ubat...syaratnya tak leh letak gula...tau....tapi rasanya kurenglah

No comments: