Friday, August 14, 2009

Dijamin tidak rosak....

Biasanya bila den dah mula rasa ada fening2 bila menghadap keja yang berlambak2....den akan mengalihkan perhatian sekejap mencari bahan2 ringan untuk mereleasekan keadaan....cari apa2 bahan yang boleh membuatkan den tersenyum pun cukuplah sebelum menyambung semula koreja.....

Ni ada satu lawak yang wat den tersenyum simpul.....

Ni macam jam den satu ketika dulu....tapi dah hilang entah kemana......(gambar hiasan je)


Di sebuah kota kecil hiduplah seorang pemuda Arab yang bekerja sebagai penjual jam. Di depan kedai beliau tertulis "JAM 3000, DIJAMIN TIDAK ROSAK" Kemudian ada seorang mak cik membeli jam tersebut, dan baru beberapa minit tiba-tiba jam tersebut mati.Lalu mak cik itu kembali kedai tersebut dengan hati yang panas."Hey... Jamnya rosaklah.. kata dijamin tidak rosak".

Lalu Pemuda itu menjawab dengan slamba,"Aiks!...Orang Arab kan membacanya dari kanan". ( Rosak Tidak Dijamin )

Betul gak....so berhati2 lah bila membeli dari orang Arab tau....

2 comments:

ahliacikgukhairul said...

haha.. betul gak kan?

Bidarabiru said...

u re back....gooooooooood...