Monday, August 31, 2009

Wasiat Merdeka

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan....merdeka tahun ni jatuh pada 10 Ramadhan. Seingat den lah belum pernah lagi den sambut merdeka dalam bulan posa. Alhamdulliah ari ni den dah selamat sampai ke PD.....walau pun beberapa jem bilamana melibatkan accident....tapi trafic berjalan lancar....

Bersama2 ni den sertakan wasiat Raja2 Melayu untuk kita imbau kembali saat2 kemerdekaan kita dulu...

Masa ni abah den kena duty....dia kata subuh2 lagi dah kena standby.....lenguh tok sah cakap lah....anyway merdeka....merdeka

7 wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:


1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).


2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
sumber : Utusan Malaysia 7 Ogos 2009

Dialog ibu dan anak sempena hari merdeka.....

Den: Asyik nyanyi lagu merdeka je nape?

Lip Lap: Ari ni kan merdeka...

Den: Merdeka tu apa ye....

Lip Lap: Merdeka tu pasang bendera....

Den: Betul gak....ha..ha...

3 comments:

Petai Muda said...

selamat merdeka, merdeka jiwa dan raga

fa_syah said...

haha.. bagus jawapan liplap tu..leh jadi skema jawapan utk exam

Bidarabiru said...

apa yang budak2 nampak....itu yang dijawapnya...