Showing posts with label My Hepi. Show all posts
Showing posts with label My Hepi. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Tempat Release Tension...

Sekarang ni balik aje dari kerja.....den akan spend beberapa minit untuk duduk menghadap kebun sekangkang kera den. Walaupun bagi orang lain benda tu macam biasa aje. Tapi bagi den menghadap kebun tu boleh menghilangkan semua beban2 kerja......memang seronok dan rasa semua masalah hilang. Tambahan pula sekarang ni hasil2 tanaman dah mula menyerlah dan dah mula dapat makan. Yang paling syok lagi.....amalan berkebun ni dah berjangkit pada jiran2 den.....macam berlumba2 pulak menengok hasil tanaman masing2.......


Setiap petang balik aje dari kerja....abeshuk akan menyiram pokok2 sayur terlebih dahulu....

Model cilik dicelah pokok cili.....

Sayur sawi pun dah membesar....

Terung pun dah pernah jadi lauk......

Saturday, June 25, 2011

Manisnya buah manggis

Sekarang ni den perasan banyak pulak orang jual buah manggis....mungkin musim dia kot. Masa den balik dari PD den nampak ada satu gerai dalam taman den tu ada jual banyak buah rambutan dan buah manggis. Sebaik aje lepas gerai tu den pun cakap dalam nada perlahan.....sedap jugak kalau dapat makan buah manggis kan.Tapi cakap ajelah



Segugus buah manggis....

Isinya putih...dan rasanya manesss.....jemput makan....

Sunday, May 1, 2011

Ukiran yang cute

Semasa den ke Cameron ari tu den amat tertarik dengan ukiran2 kayu yang di gantungkan di hotel tersebut. Selari dengan nama hotel tu kot.....Century Pines Resort. Ukiran2 kayu tu nampak klasik dan seni......banyak betul digantung merata2 dalam hotel tu. Kat dalam bilik hotel pun ada 3 ukiran kayu yang tak jemu di pandang mata.....

Oleh kerana den ni suka menengok ukiran kayu......tengok je belinya idak lah.....so apa lagi den snap lah gambar ukiran2 kayu kat hotel tu....sambil merayau dari tingkat ke tingkat untuk melihat ukiran yang pelbagai gitu.... Jadi apa kata mari kita beramai2 menyaksikan ukiran2 tersebut....


Sepanjang jalan ke arah bilik tu ada ukiran2 katu....kagum tak....kagum tak...



Ni ukiran dalam lif.....




Ni pulak ukiran kayu dekat dengan receptionist dia....


Ni ukiran kayu berdekatan dengan dewan dia....


Ni pulak ukiran kat tepi pintu lif dia.....cun bangat


Ini pulak ukiran kayu di dalam bilik......


Ni pun diletakkan dalam bilik.....



Pintu bilik conference dia...


Cermin pun diukir bingkainya.....


Besar betul ukiran dia....berapa lama lah nak menyiapkan benda ni....


Boleh buat gambar orang lagi tu...


Gaya akrobatik Lip Lap di tepi ukiran kayu yang berwarna...


Ni pulak ukiran kayu yang diletakkan di kepala katil den....cantik kan...kann


Wednesday, April 6, 2011

Antara gembira dan sedih.....


Result kenaikan pangkat dah keluar pun hari ini. Alhamdulliah syukur, 7 orang yang memohon di jabatan den semuanya telah berjaya. Tahniah lah kepada yang telah berjaya. Gembira-gembira juga tetapi lebih gembira kalau jadi pensyarah biasa...he..he......aman damai sikit jiwa raga....tetapi den dan abeshuk arghhh.....nampaknya tanggungjawab yang sedang digalas akan terus dikendong.


Harapan den, semoga den dan abeshuk kuat dan tabah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Insyallah. Walaubagaimana pun dalam gembira mendengar berita rakan2 yang berjaya.....hampir den terkedu bila menerima perkhabaran member baik den tak berjaya dalam permohonan ini. Orang yang benar2 memberi komitment dan orang yang sangat baik dan sedia membantu rakan2 dalam melaksanakan tugas tidak berjaya dalam permohonan kali ini. Sedih betul den mendengarkan perkhabaran ini......hanya kerana kriteria perkongsian ilmu yang tidak lengkap.....sedangkan realitinya ilmu yang sebenarnya dikongsikan memang banyak. Mungkin kerana silapnya memilih kategori......kalau dia memilih kategori 1 insyallah tak ada masalah kot.....tetapi oleh kerana memilih kategori 3 dan ada beberapa kriteria tidak menepati kehendak validasi makanya tidaklah berjaya walaupun telah berkhidmat hampir 12 tahun. Hmmm

Apa2 pun dalam masa 28 hari dari tarikh lantikan weols tidak boleh mengambil cuti....Hmmm nagis lagi.....sudahlah plan baek punya nak ambil cuti next week.....sudahnya menghadap kerja yang tak habis2....malah bertambah2 dan lagi dan lagi.......uwekkkkkk....


Walaubagaimana pun kepada yang gagal tu....nasihat den jangan putus asa....cuba buat rayuan dalam masa 14 hari ni.......kenalpasti apa yang tidak lengkap....dan lengkapkan dan hantarkan bersama-sama rayuan tetapi kena melalui KJ lah. Jangan lupa dapatkan sokongan dari Pengarah ke....KJ ke......tetapi kalau malas nak buat rayuan....mohonlah sekali lagi.....bulan Mei ni kalau tak silap iklan akan dikeluarkan.......

Thursday, March 10, 2011

Malu tapi suka....

Mula-mula marah lepas tu senyummmm panjang. Kejadian ni berlaku di hari jadi den.

Cam mana tu ye….cer citer…cer citer…. Gini kisahnya……pagi tu lepas breakfast abeshuk ajak den gi ambil Lip Lap kat sekolah lepas tu gi lunch together3. So oleh kerana kita ni birthday gegurl….uwek….so macam semangat ajelah nak gi lunch sama2 ni. So den pun excitedlah tunggu…..selalunya den ni bila dah buat kerja memang dah tak perasan sangat masa ni. Tapi kali ini lain….kejap2 tengok jam….kejap2 jam tengok den…..Bila masa dah dekat nak ambil Lip Lap abeshuk tak call2 pun, bila den call abeshuk dia cakap dia lupa kat den. Sedey tak …..sedeh tau dah le ko tu birthday gegurl…..uwek……lepas tu laki ko lupa pulak kat ko……sedey ada marah pun ada…….marah tu lebih banyaklah kan…..

Yang paling hangin tu bila kena tunggu lama selalu tak pe tapi ari ni sensitif sikit….iyelah kata nak lunch sama2….masa tunggu kat bawah tu den siap tengok cermin lagi nak kasi muka mampak marah…..muncung dah kasi panjang….pipi dah kempongkan……mata yang kecik tu dah kasik semakin kecik…….memang gerunlah kalau ko tengok……tiba2 bila abeshuk sampai je……dari jauh den dah nampak bunga dalam kereta….cuba ko bayangkan dari muka marah tadi nak tukar kepada senyum….ko ingat senang….kempas kempis hidung den nak menukar wajah…...masuk aje dalam kereta…lagi tak leh tahan bila Lip Lap dan abeshuk nyanyikan lagu Happy Birthday……rasa macam nak nagis pun ada tapi tak nagis punn…….tapi yang lebihnya adalah gelak.

Anyway sorrylah rosakkan planning abeshuk nak buat surprise kat den…..kalaulah den tahu planning abeshuk, tak de lah den sentap bila abeshuk lupa kan den. Ya ampun bang…..Planning abeshuk adalah ambil Lip Lap kat sekolah bawah biar dia pilih bunga kemudian suruh dia tulis kad….lepas tu naik kat opis den….nanyikan lagu Bestday….auwww so sweet. Moral of the story…..kalau time birthday ko jangan marah2 ye…..walaupun ada orang usha2 kasik marah.....jangan marah2 nanti cepat tua.....tapi kalau dah tua marah pun tak leh buat apa....lalalala

Oh yeah......gulps.....so sweet....life begin at forty



Surprise yang tak menjadi......tapi ia menjadi kenangan seumur hidup......ha...ha.....thanks a lot to Abeshuk and Lip Lap for make me smile today........


Wednesday, February 23, 2011

Dah di depan mata

Hari-hari tengok DIA..... bangun pagi2 tengok DIA.....tengahari pun tengok DIA lagi.....malam apa tah lagi.....lagilah tengok DIA kerana bila malam DIA lagi cantik....dan berseri2.....dah dekat dah tapi dalam hati berkira2 bila lah nak pergi lagi dekat kat DIA. Member2 pun asyik sebut2 tentang DIA.....semua ini membuatkan hati den berliang libu.....terkenangkan DIA......tak pelah kalau ada jodoh tak ke mana.




DIA adalah SOGO lah......bila nak pergi ni......petang2 je asyik hujan....

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul...


Semalam balik dari opis.....Lip Lap cakap esok kita sambut hari jadi lagi kan abah.....abeshuk cakap hari jadi apa lagi ni....tak puas2 sambut hari jadi.....Lip Lap cakap.....bukan hari jadi abang lah......hari jadi nabi kita......hmmm iye iye.....betul betul.....

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ye.....PPD ada membuat sambutan Maulidur Rasul ni....buat kat Taman Politeknik...berarak masuk ke PPD......semua staff dan penduduk Taman di jemput hadir......
Sempena Maulidur Rasul ni marilah kita sama2 menghidupkan sunnah baginda dan melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan dalam Al quran dan Sunnah. Sentiasa ok...sentiasa....cakap dengan diri sendiri...

Saturday, December 25, 2010

Selamat Hari Natal.....

Weols mengucapkan Merry Cristmas kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini.......dengan ucapan mengapalah hari krimas tahun ni jatuh hari Sabtu kan ke bagus kalau jatuh hari Jumaat ke.....Isnin ke......tak gitu.....apa2 pun layannnnnnnnnn

Friday, December 3, 2010

Ole-ole dari Korea

Sapa suka tengok citer Korea angkat ketiak....he..he....Den ni jarang dah nonton2 macam dulu.....asal ado aje....tapi citer Korea yang tak miss dulu.....Winter Sonata......phewiiit......syok ooo citer tu....sambil tengok....sambil budget2 jadi pelakon heroin tu......wah indahnya.....

Family member den baru balik dari Korea.....so mana yang ada rezeki dapatlah sikit ole2....tapi bukan tu sebenarnya yang den nak citer.....barang kat sana mahal o.........so kalau nak gi Korea setakat jalan2 aje ok lah kalau nak shopping2 jangan harap.....tunggu jadi isteri jutawan dululah.
Anyway kalau tengokkan gambar....Korea adalah cantik dan canggih.....bila le nak sampai kan....

Krunch Punch warna merah tu kalau ditukar ke duit kita dalam RM5 ye......coklat atas dia tu RM2 satu....coklat kecik2 tu RM1 satu......sihatlah den kalau dok Korea tak makan gula.....

Ni pulak kacang2 yang sangat mahal sebab dicampur ginseng......sepaket kecik saja berpuluh ringgit.....

Kalau kekacang dlam bungkus seperti ni....gega dalam RM50......tak de lah den nak beli....kirim salam aje lah.....


Tuesday, November 30, 2010

Bila orang berbudi kepada tanah...

Bila orang berbudi kepada tanah tentu dapat hasilnya kecuali kalau tanam sayur tumbuhnya lalang….tu lain citer. Seperti tajuk blog…..bila orang berbudi kepada tanah….diulangi…….orang ye bukan diri sendiri….maka sudah tentu hasilnya menabjubkan…kita ni dapat tempias2 je lah….tu pun ada ehsan orang nak bagi……bila tengok hasil tanaman orang yang subur….terus berkobar2 nak berkebun jugak…..tapi berkobar2 dalam jiwa raga saja lah…..fizikal tak berkobar langsung….akal pulak asyik ada kata laluan….ala kalau ko tanam pun bukannya hidup…..serangga kan banyak…..Habis camno…..

Tengok ke sayur kailan ni.....nampak sangat ranggupnya sayur ini kan.....iyelah gunakan baja organik katanya....

Setelah digoreng....memang best terbaik dari ladang.....


Hari ini dapat pulak bendi.....comel lote sungguh bendi dia....kagum...kagum....


Thursday, November 25, 2010

Buat Promosi Sikit....

Kali ni den nak promosi sikit pasal The Legend International Water Homes Port Dickson.....sajelah kan sebab Legend bagi mug free terus nak cerita yang baik2 pasal Legend PD....manalah tau Legend lantik den jadi duta dia nanti......tak ke bahagia......

Oleh kerana weols dapat bilik untuk lepak2, sembahyang dan rehat semasa waktu break....maka den tak melepaskan peluang keemasan ini.....tambahan pulak sebenarnya weols nak datang masa anniversary hari tu.....tapi harga bilik masa tu RM800 tetapi bila diambik kira dengan diskaun dll.... harga bilik masih lagi dibawah tahap garis kemiskinan.....RM500 lebih.....Oleh kerana weols masih waras.....impian tersebut dilupakan dengan sengaja......tapi tak pe satu hari nanti den dan family den pasti akan ke sini.

Bilik yang weols gunakan untuk rehat2 ni rasa2nya harga ia adalah RM1000 lebih semalam.....mahalkan....harga waktu peak....cuti sekolah kan....tapi kan memang best.....yang tak le tahan tu swimming pool dalam bilik.......bilik luas giler..... 2 katil king size lagi......tv besar.....Apa2 pun tengok lah weols berehat sambil bergambar......layannnn

Apa2 pun mula2 test katil dulu.......ok sedap dan nyaman....kalau tak silap den ni namanya Garden Pool Villa...

Gi tengok garden pulak......

Den bergambar ditepi swimming pool.....kalau dizoomkan gambar ni....kaki den dah berada di dalam kolam....


Biasalah kan kalau berada kat luar nak tengok kat dalam.....bila dah ada kat dalam nak tengok kat luar pulak......ekceli pemandangan adalah sangat cantik....

Pemandangan dari tingkat 7.....ni adalah water chalet......sapa mandi kat swimming poll tu kita akan nampak.....

Masing2 tengah memasang angan2 nak bawa family datang kat sini.....

Minuman yang boleh disediakan....dibilik ini disediakan peti ais dan microwave....kalau datang sini kena bawa stok makanan siap2 tak payah keluar bilik dalam masa 24 jam.....

Shower ada 2 nak yang tertutup pun ada....yang open air pun ada....

Lepas rehat dan sembahyang ....pada pukul 2 ptg weols dibawa melawat ke Water Chalet pulak.....sebelum meeting start semula pada pukul 2.30ptg...

Ok yang ni adalah Premium Pool Villa gega dia adalah RM664.....dah siap diberi diskaun untuk government staff.....

Boleh tengok air laut dari atas.....kalau air pasang lah kalau tak tengok pasir aje lah.....ekceli harga bilik kat sini berbeza mengikut saiz ye.....swimming poll memang ada ye....

Tengok jangan tak tengok......

Yang ni pulak adalah Deluxe Water Chalet...gega untuk government staff RM317.....apa2 pun untuk keterangan lanjut ko dapatkan maklumat secara formal ek kat laman web INI.

Saturday, November 20, 2010

BabyQ...

Malam2 kalau berbarbeque adalah best....nak2 makan ramai2 gitu.....yang susahnya nak start tu je.....nak buat unggun api.....buat bara.....kalau tak biasa dan tak reti.....hembus sampai terkeluar hempedu pun api tak nak idup...den adalah termasuk dalam kategori orang yang tak reti nak hidupkan api.....tambahan kalau tak ada minyak gas......makan daging mentah aje lah.....

So hidupkan api adalah ditengah2 dunia...lepas tu bakar banyak2....lepas tu laung kuat2 ajak orang sekitar datang makan....best kan.....nak2 kalau tak datang menolong....bila dah agak ada bau2 daging nak masak....pergh lagi lah sodap......

3 jenis binatang yang dibakar.....daging lembu, ayam dan ikan....

Api punyalah besar nak cepat masak punya pasal....


Inilah juadah makan malam di Perlis....itu hari....




Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha....


Den mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Raya Haji, Raya Korban....apa2 nama pun ia tetap raya yang sama.....Kali ni den akan beraya di Melaka dahulu mudian baru balik ke Perlis pulak.....