Wednesday, April 6, 2011

Antara gembira dan sedih.....


Result kenaikan pangkat dah keluar pun hari ini. Alhamdulliah syukur, 7 orang yang memohon di jabatan den semuanya telah berjaya. Tahniah lah kepada yang telah berjaya. Gembira-gembira juga tetapi lebih gembira kalau jadi pensyarah biasa...he..he......aman damai sikit jiwa raga....tetapi den dan abeshuk arghhh.....nampaknya tanggungjawab yang sedang digalas akan terus dikendong.


Harapan den, semoga den dan abeshuk kuat dan tabah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Insyallah. Walaubagaimana pun dalam gembira mendengar berita rakan2 yang berjaya.....hampir den terkedu bila menerima perkhabaran member baik den tak berjaya dalam permohonan ini. Orang yang benar2 memberi komitment dan orang yang sangat baik dan sedia membantu rakan2 dalam melaksanakan tugas tidak berjaya dalam permohonan kali ini. Sedih betul den mendengarkan perkhabaran ini......hanya kerana kriteria perkongsian ilmu yang tidak lengkap.....sedangkan realitinya ilmu yang sebenarnya dikongsikan memang banyak. Mungkin kerana silapnya memilih kategori......kalau dia memilih kategori 1 insyallah tak ada masalah kot.....tetapi oleh kerana memilih kategori 3 dan ada beberapa kriteria tidak menepati kehendak validasi makanya tidaklah berjaya walaupun telah berkhidmat hampir 12 tahun. Hmmm

Apa2 pun dalam masa 28 hari dari tarikh lantikan weols tidak boleh mengambil cuti....Hmmm nagis lagi.....sudahlah plan baek punya nak ambil cuti next week.....sudahnya menghadap kerja yang tak habis2....malah bertambah2 dan lagi dan lagi.......uwekkkkkk....


Walaubagaimana pun kepada yang gagal tu....nasihat den jangan putus asa....cuba buat rayuan dalam masa 14 hari ni.......kenalpasti apa yang tidak lengkap....dan lengkapkan dan hantarkan bersama-sama rayuan tetapi kena melalui KJ lah. Jangan lupa dapatkan sokongan dari Pengarah ke....KJ ke......tetapi kalau malas nak buat rayuan....mohonlah sekali lagi.....bulan Mei ni kalau tak silap iklan akan dikeluarkan.......

1 comment:

zaida said...

waahhh...congrats ye kak jam...kat cni pun agak ramai jugak yg dpt...ley blanje JP mkn besauuu