Sunday, April 10, 2011

Hari Sukan

Sekarang ni kalau nak plan gi jenjalan weekend2.....dah kena tanya Lip Lap dulu....sebabnya dia pun sekarang dah busy dengan aktiviti2 sekolah dia. Weekend ni ingat nak plan gi bercuti tup tup Lip Lap kata dia ada hari sukan dan dia masuk beberapa acara. Kalau nak main kasar boleh aje dan dia pun tak kisah tak pergi hari sukan tetapi bila tengokkan dia gigih berlatih.....lari kehulu kehilir dalam rumah.......nak kasi kuat katanya......weols tak sampai hati pulak tak gi Hari Sukan tu.

Aktif jugalah sekolah Lip Lap ni kalau buat aktiviti bukan melibatkan sekolah dia aje tapi 8 lagi sekolah yang terlibat. Pagi tu pulak adalah hujan renyai2.....alahai dah boleh bayangkan macam manalah nantikan dengan padang lecak dan basahnya. Tapi nak buat macam mana redah jelah....nasib baik bila nak start main hujan dan berhenti......Sukan yang amat panjang....dari pukul 8pg sampai kul 1 lebih....jenuh den menengoknya.....

Acara dimulakan dengan perbarisan......Lip Lap kata cikgu lantik dia jadi pengetua......abeshuk tanya apa kerja pengetua......Lip Lap kata.....kerja pengetua pegang bendera.....kah...kah...kah

Ada kumpulan yang bergaya sakan.....

Semasa acara pebarisan....ada 8 group yang bertanding.....

Ko tengok padang ni lecak kan......pejam mata jelah ko tengok anak ko berlari dalam air lecak ni...

Acara bawa bola dalam kon......acara berkumpulan ni dapat nombor 1.....acara berlari dalam gelung dapat no 3.......satu lagi acara kalah....

Acara ni Lip Lap kalah.......

Acara lari dalam guni ni ramai kanak2 yang lalak....he.he...

Lip Lap & the gang.....

Kotor...dan comot......hmmmm.....hasilnya kopiah sekolah hilang.....

Lip Lap pulak memberi sokongan kepada rakan2 sekolahnya......

Papan permarkahan....sekolah Lip Lap dapat no 4 kot.......tapi sekolah dia ok....semua pelajar diberi peluang untuk ambil bahagian.......iyelah ada sekolah tu kalau budak tu terror budak tu jelah kena....he...he.....bukan apa.....komen membina tak pe....

Acara penyampaian hadiah....masa ni dah panas......mak pak dok dalam khemah......budak2 kena berdiri dalam panas........last2 weols panggil Lip Lap dok dalam khemah......bila time ambil hadiah barulah gi ambil hadiah tu......iyelah kang demam kang sapa susah...

No comments: