Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Hari Raya 2011

Dah sebulan lepas raya baru nak citer pasal raya hari. Napaa ekss.....semuanya gara-gara tunggu gambar rayalah.....sekeping pun den tak tangkap....harapkan kamera orang sahaja. Konon2 selagi gambar raya tak dapat.....tak nak update blog......he...he....ada orang kesah ke....tak de

Raya tahun ni adalah raya kek kampung den.....kalau ikutkan esok2nya baru balik Perlis....tapi entah angin pus pus abeshuk datang.....petang raya pertama tu jugak dia meroyan nak balik Perlis......hish...hish.....den ni pulak kan isteri solehan ikut aje lah......

Banyaklah jugak cerita masa raya tahun ni tapi banyak yang dah lupa......yang pastinya buat sekian kalinya ramadhan dan syawal kali ini dapat menurunkan berat badan den....hampir 4 5 kilo jugaklah......he...he.. suka.....bukan senang nak turunkan berat badan beb.....maklumlah lemak tepu kan.....

Apa2 pun dah selamat kita meninggalkan bulan syawal......semoga berkesempatan menyambut ramadhan dan syawal di tahun depan pulak.....Terimalah satu2nya gambar raya yang 2 3 kali adik den hantar akhirnya berjaya jugak diupload......Lepas raya sampai sekarang masih tak berkesempatan berjumpa ngan adik beradik yang lain....sebab kesibukan yang menerpa. So bacalah blog sebagai penganti diri.




Sunday, August 21, 2011

So cute

Sendaloka seorang anak dan ibu sementara menanti waktu untuk berbuka puasa.

Kalau ibu pakai tudung macam kat bawah ni mesti cantik kan....kan...kan.....Lip Lap boleh jawap...


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Ibu memang cantekkk pakai tudung apa pun.......tergamak ko buat Tangan di dada....mata ke atas kat ibu ye....hmmmm......alahai so cuteeeeeee....

Monday, July 25, 2011

Lawatan Muhibbah

Sebelum mula puasa ni weols ingat nak baliklah sekejap ke Perlis...iyelah kalau dah puasa nanti letih lah pulak nak balik kan. Tapi dah beberapa kali mertua den tanya nak balik ke tak.....kalau tak balik depa nak datang PD. Weols ni kan jenis tak berapa nak planning....walaupun dalam hati dah ada niat tetapi tak pasti weekend yang mana yang nak balik. Jadi bila ditanya nak balik ke tidak......abeshuk cakap tak tau lagi......bila depa nak kepastian....abeshuk terus cakap tak balik....so mak dan pak mertua den pun datanglah spends dalam seminggu kat PD.

Oleh kerana sekarang ni kerja agak padat so.....weekday hanya dapat bawa jenjalan kat PD dan kampung den ajelah. Masa weekend ajelah weols bawa berjalan ke tempat wajib mertua den iaitu Nilai 3 mudian weols bawa depa jenjalan ke Wet Land dan Putrajaya.....lain2 tu dok rumah jelah....Yang bestnya balik tengahari....makanan dah terhidang........fuhhhh lazat dan berkrim betul.....kalau hari2 macam tu kan syoik.....


Tengok ular kuning kat Wet Land.......sorang pun tak berani pegang.......

Sempat jugak gi makan2 kat Restoren Terapung kat PD. First time makan kat situ...dan nampaknya boleh buat siaran ulangan ni....

Sunday, May 29, 2011

Saturday, May 7, 2011

Surat pertama.....

Kalau dua2 laki bini kena oustation macam mana nak buat kan......satu masalah besar jugakkan.....sebelum ni kalau kena dua2 pun....kena dekat je....tapi kali ni kena jauhhhhhhhh pulak.....so Lip Lap kena importlah ye......

Sementara sekolah tadika ni bolehlah buat macam tu....kalau dah sekolah benar tak boleh tau.... kena cari alternati lainlah nampaknya......so far alternatinya adalah ambil cuti dan kenalpasti kerja2 sekolah dia supaya mak pak dia boleh pantau kerja sekolah tetap dibuat walaupun tak gi sekolah.....

Tugas pertama yang perlu dilakukan adalah buat surat untuk maklumkan pada cikgu. Asalnya memang den nak buat tapi kerja kat opis tu..... kan tau ajelah minggu ni......kena bagi talk.....kena kursus.....kena gi meeting.......kena buat pemeriksaan kedua paper exam.....mana nak cekau masa.....so malam last day baru teringat......abeshuk suruh den tulis surat pakai tangan aje......he...he...mana class kan.....last2 den suruh Lip Lap tulis sendiri......ala-ala macam student centeredlah kan..... Sejam jugaklah dia mengarang.....atas tunjuk ajar denlah....mak bapak sedap2 tengok Mantera Anjasmoro......selesai tengok Mantera Anjasamoro....selesaila Lip Lap buat surat. Itu pun masa iklan den gi tengok2 dia dan betul2 kan ejaan dia. Yang penting asalkan cikgu paham....tak gitu....



Surat dari pandangan jauh.....

Den zoom in kan sikit......


Yang benar.....yang benar.....chewah....






Sunday, April 24, 2011

Silap faham da....

Hari Rabu lepas kakak den call bertanyakan samada weekend ni den ada pergi mana2 tak. Bila den tanya kenapa....dia kata ingat nak buat makan2 adik beradik. Den pulak setuju jelah. Dalam perbincangan tu tak de pun cakap majlis makan2 tu nak buat kat mana. Tetapi secara tersiratnya yang den faham macam biasa lah buat kat kampung. Rupa2nya den silap. Sebenarnya akak den dan adik beradik yang lain merancang nak buat makan2 tu kat rumah den di PD....ha...ha......orang lain punyalah sms antara adik beradik bila nak bertolak sebagainya....yang tuan rumahnya tak tau apa2 pun.....he...he...

Nak jadikan cerita macam mana den tahu adalah apabila adik bongsu den tanya khabar den. Den pulak ajak dia balik kampung esok ada makan2. Adik den ni dah mula heran....orang sibuk nak datang rumah den....den sibuk ajak orang balik kampung.....ada pulak yang kecik2 hati sebab den tak jemput datang rumah.....he...he....Nak tahu tak.... bila den tahu orang nak datang buat majlis kat rumah den......pukul 6 ptg hari Sabtu......terkedu jugalah......Akademik Fantasia ke mana.....cerekarama kemana......peti ais pun bukan penuh sangat.......so malam tu keluar beli barang sikit.....kemas rumah ala-ala.....nasib ko lah.....

Esoknya den masak asam pedas ikan duri, sambal tumis petai, ulam2, sayur peria goreng ngan tauchu, sup kaki ayam dan ikan pekasam. Desert pulak den buat kuih talam suji, kuih apam dan buah-buahan. Andak bawa sambal udang dan kek keju. Klong dari KL bawa kerang rebus dan rendang pedal. Klang pulak bawa ikan keli bakar, masak lemak petai ngan ikan masin dan sambal ikan. Last2 penuh meja makan den dengan lauk pauk yang tak clash pun walaupun tak planning ko masak apa...aku masak apa.....instinct beb.....

Alhamdulliah majlis berjalan lancar dan meriah......sempat juga buat sambutan hari jadi adik bongsu den.......sorrylah dik tak sempat nak beli hadiah.......terkedu sebab terkejut buat majlis kat rumah den....iyelah tahu last minute.....kalau tahu awal2 door gift pun den sediakan tau....


Sebahagian tetamu yang hadir......Lip Lap yang ok masa Mndak datang....tiba2 aje demam bila Mlang datang.....


Rombongan dari KL yang datang.....kerang rebus KL....fuh sampai 2 tupperware tu


Sebahagian tetamu dari North Wing......


Acara potong kek oleh Birthday girls.....


Lebih kan nak bergambar dari nak potong kek.....


Barisan makanan.....kira2 macam pot luck lah.....ko makan masakan aku...aku makan masakan ko.....


Acara bebas kat luar rumah......


Ada segmen penerbangan helicopter rupanya.....


Acara tamat dengan adegan mentapau makanan.......sendiri layan diri ye.......Dekat kul 4 barulah semua balik ke sangkar masing2.....

Friday, April 22, 2011

Nak bawa bekal konon....

Pada satu petang yang hening.....balik aje dari kerja abeshuk bagitahu den esok dia nak bawa bekal ke opis....almaklumlah esoknya weols dua2 jaga exam belah pagi. Den tanya nak bawa bekal apa? Apa2 pun tak pe roti pun boleh. Ayat punyalah psyco....roti konon......saja2lah tu.......malam sikit tu abeshuk tanya pulak bila nak buat kuih apam. Psyco lagi....

Esoknya pagi2 den masaklah makanan yang sesuai untuk di bawa bekal. Den masak ayam kampung berlada.....goreng ikan haruan masin. Memadai......mudian kukus pulak kuih apam yang den dah bancur sebelum nak tido. Sebelum sempat nak masuk dalam tupperware.....den tengok abeshuk dah memulakan langkah......hmmmmmm.....


Pukul 7 pg semua dah terhidang.....

Close up sikit yo.....ayam kampung salai yang den beli kek Kuala Pilah.....memang sodap.... sendiri terpaksa puji untuk memberi motivasi pagi



Last2 abeshuk ambil pinggan terus buat sarapan.......nak bawa bekal konon......kasi bertenaga masa jaga exam....

Jangan kata makan nasi......apam pun kena belasah.....last2 den yang bawa bekal.....

Sunday, April 10, 2011

Hari Sukan

Sekarang ni kalau nak plan gi jenjalan weekend2.....dah kena tanya Lip Lap dulu....sebabnya dia pun sekarang dah busy dengan aktiviti2 sekolah dia. Weekend ni ingat nak plan gi bercuti tup tup Lip Lap kata dia ada hari sukan dan dia masuk beberapa acara. Kalau nak main kasar boleh aje dan dia pun tak kisah tak pergi hari sukan tetapi bila tengokkan dia gigih berlatih.....lari kehulu kehilir dalam rumah.......nak kasi kuat katanya......weols tak sampai hati pulak tak gi Hari Sukan tu.

Aktif jugalah sekolah Lip Lap ni kalau buat aktiviti bukan melibatkan sekolah dia aje tapi 8 lagi sekolah yang terlibat. Pagi tu pulak adalah hujan renyai2.....alahai dah boleh bayangkan macam manalah nantikan dengan padang lecak dan basahnya. Tapi nak buat macam mana redah jelah....nasib baik bila nak start main hujan dan berhenti......Sukan yang amat panjang....dari pukul 8pg sampai kul 1 lebih....jenuh den menengoknya.....

Acara dimulakan dengan perbarisan......Lip Lap kata cikgu lantik dia jadi pengetua......abeshuk tanya apa kerja pengetua......Lip Lap kata.....kerja pengetua pegang bendera.....kah...kah...kah

Ada kumpulan yang bergaya sakan.....

Semasa acara pebarisan....ada 8 group yang bertanding.....

Ko tengok padang ni lecak kan......pejam mata jelah ko tengok anak ko berlari dalam air lecak ni...

Acara bawa bola dalam kon......acara berkumpulan ni dapat nombor 1.....acara berlari dalam gelung dapat no 3.......satu lagi acara kalah....

Acara ni Lip Lap kalah.......

Acara lari dalam guni ni ramai kanak2 yang lalak....he.he...

Lip Lap & the gang.....

Kotor...dan comot......hmmmm.....hasilnya kopiah sekolah hilang.....

Lip Lap pulak memberi sokongan kepada rakan2 sekolahnya......

Papan permarkahan....sekolah Lip Lap dapat no 4 kot.......tapi sekolah dia ok....semua pelajar diberi peluang untuk ambil bahagian.......iyelah ada sekolah tu kalau budak tu terror budak tu jelah kena....he...he.....bukan apa.....komen membina tak pe....

Acara penyampaian hadiah....masa ni dah panas......mak pak dok dalam khemah......budak2 kena berdiri dalam panas........last2 weols panggil Lip Lap dok dalam khemah......bila time ambil hadiah barulah gi ambil hadiah tu......iyelah kang demam kang sapa susah...

Saturday, April 9, 2011

Ke KL kita...

Lama jugaklah tak gi KL dengan family den. Kali ni weols gi ke KL sebab nak gi melawat bapa saudara abeshuk yang terpaksa di operate di HKL. Macam biasalah kalau gi KL memang abeshuk tak bawa kereta.....bikin penin.....weols letak kereta kat Terminal 1 di Seremban dan naik bas ke KL.......sekarang ni bas pot kat Stadium hentian Hang Tuah....dari situ weols naik moneral ke hentian chow kit....letak tu naik bas ke HKL. Mudah kan.....hmmm mudah di sebut je lah....jenuh jugaklah nak sampai...he...he.....

So sampai kat HKL memang ngam ngam soi waktu melawat.......Pak Ndak diletakkan dalam wad ICU.....ketumbuhan dalam perut dia pecah.....antara implikasinya kakinya kena potong......macam mana tu.....ahh.....ketumbuhan yang pecah tu telah menyebabkan urat2 saraf kaki nya tersumbat.....dengan kata lain kaki tu dah mati lah.....tapi Pak Ndak berkeras tak kasi kaki dia dipotong......dia tak boleh terima.....sakit perut tapi kaki kena potong......

So hanya operation perut saja yang dibuat......panjang ko di potong dari dada sampai ke ari-ari.....potong memanjang.......jenuh kalau nak bergerak......Anyway sehari lepas operate dah boleh keluar dok wad biasa je.....kaki yang nak dipotong tu pun dah nampak sedikit perubahan positif. Insyallah semuanya baik-baik sahaja....


Masa pergi weols naik bas 2 tingkat......bas adalah kosong tapi Lip Lap nak dok celah kaki den gak.....gasak ko lah....iyelah berebut nak dok ngan abeshuk......



Tengah menunggu moneral....jap je tunggu......


Pak Ndak yang baru bangun tido....





Hospital ni canggih sikitlah......semua maklumat pesakit di masukkan dalam komputer....kiranya satu katil pesakit....satu komputer......kalau ko tanya keadaan pesakit kan.....nurse dia tengok kat komputer je......kagums






Alang2 dah ada kat Kelompo.....singgap jap kat SOGO....he..he....

Sunday, March 20, 2011

Jalan Sakan

Mana saje nak pergi abeshuk akan bawa....especially kalau tempat tu family abeshuk tak pernah pergi lagi.....kalau tempat tu dah pernah pergi tapi nak pergi lagi kali ke lapan puluh pun boleh. Maka dengan itu 2 buah kereta berderetan ke Bangi.....Morib.....Pasar Kemboja Kanchong Darat.....Nilai....KLIA....Banghuris..... even balik kampung Melaka untuk menziarahi emak den....semuanya di buat dalam masa 2 hari ni......kiranya memang penatlah kan.....iyelah sampai den ni pun tak larat nak ambil gambar.....mana yang teringat je lah....


Antara agenda adalah ke KLIA untuk memberi kegembiraan kepada Awaddah.....nak tengok kapal terbang.....
Tercapai impian anak kecil......tapi oleh kerana banyak sangat kapal terbang sampai tak tahu nak tengok yang mana satu ye.....

Bukan budak2 aje tengok....orang2 tua pun apa kurangnya.....


Sunday, March 13, 2011

Majlis Perkahwinan bermula....

Kata dah cuti sekolah.....so apa lagi maka akan berduyun2lah orang akan melangsungkan perkahwinan...hmmm....termasuklah sepupu den.....anak Pak Busu Ghani. Sepupu yang den tak berapa kenal..... iyelah kenal masa kecik2 dulu sekarang dah besar panjang....kalau selisih bahu pun tak kenal.

Bila bagitau ngan Lip Lap, weol nak pergi kenduri kahwin kat rumah Tok Busu......banyak pulak soal dia......yang mana satu.....rumah kat mana......abang kenal ke tidak......hmmm memang salah den lah jugak jarang bawa gi rumah sedara mara tu yang anak tak kenal saudara tu.....tambah2 pulak bapak saudara den ni jenis pendiam.....tak banyak cakap.....iyelah adik bungsu mak den lah katakan......den kalau berdepan dengan orang pendiam....den pun jadi pendiam gak......he..he...

So bila ada majlis2 macam ni ajelah nak jumpa pun....baru dapat berkumpul2.....kalau hari biasa tu memang tak adalah......masing2 busy dengan kerja masing2 kan.....Apa2 pun Selamat Pengantin Baru kepada Faizal dan pasangannya. Semoga bahagia dan hidup aman damai.

# Pengantin bagai pinang dibelah dua......


Tak sah kalau tak ada silat....silat moden....siap berjean dan bertopi lagi tu


Ok ingat Lip Lap ......inilah Tok Busu Ghani.....siap pakai baju pink lagi tu....

Ni pulak Nenek Busu Shima......

Nenek dan cucu....amacam ada iras tak.....

Lip Lap pun nak join.....dari kiri Pak Long Aliff, Nenek Tih dan cucu yang berusia 4 bulan......

Barisan emak saudara dan sepupu sepapat den.....

Ini pula barisan anak2, cucu2 dan cicit arwah Mak Long Embun......kakak sulung emak den....

Ini pulak barisan 3 beradik......den anak yang ke 4......jarak den dengan kakak den yang ke 3 adalah tujuh tahun.....lepas emak lahirkan den......tahun depannya emak lahirkan Acik (baju biru) tahun depannya pulak emak lahirkan Andak (baju merah)......so weols adalah selang setahun.....