Sebelum mula puasa ni weols ingat nak baliklah sekejap ke Perlis...iyelah kalau dah puasa nanti letih lah pulak nak balik kan. Tapi dah beberapa kali mertua den tanya nak balik ke tak.....kalau tak balik depa nak datang PD. Weols ni kan jenis tak berapa nak planning....walaupun dalam hati dah ada niat tetapi tak pasti weekend yang mana yang nak balik. Jadi bila ditanya nak balik ke tidak......abeshuk cakap tak tau lagi......bila depa nak kepastian....abeshuk terus cakap tak balik....so mak dan pak mertua den pun datanglah spends dalam seminggu kat PD.
Oleh kerana sekarang ni kerja agak padat so.....weekday hanya dapat bawa jenjalan kat PD dan kampung den ajelah. Masa weekend ajelah weols bawa berjalan ke tempat wajib mertua den iaitu Nilai 3 mudian weols bawa depa jenjalan ke Wet Land dan Putrajaya.....lain2 tu dok rumah jelah....Yang bestnya balik tengahari....makanan dah terhidang........fuhhhh lazat dan berkrim betul.....kalau hari2 macam tu kan syoik.....
Tengok ular kuning kat Wet Land.......sorang pun tak berani pegang.......
Sempat jugak gi makan2 kat Restoren Terapung kat PD. First time makan kat situ...dan nampaknya boleh buat siaran ulangan ni....
No comments:
Post a Comment