Hari nuzul al-quran hari ni jatuh pada 17 ramadan. Weols kat N9 ni tak dapat cuti pun....ada gak student caling2 tanya senin ni cuti tak....jawapannya TAK.....tapi nape eks tak dapat cuti.....entahlah....
Nuzul al-Quran ini diperingati kerana dalam sejarah kelahiran Islam pada malam sebelumnya Tuhan menerusi malaikat Jibril pertama kali menurunkan sepotong ayat suci yang kemudiannya dikenali sebagai al-Quran kepada Junjungan Besar Muhammad s.a.w.
Pada malam Nuzul al-Quran inilah ayat Iqrak diajar kepada Nabi s.a.w. yang ketika itu berada di Gua Hirak.Dengan turunnya al-Quran ia telah meletakkan asas-asas peraturan hidup yang wajib dipatuhi oleh setiap umat Islam.
Al-Quran yang diperturunkan secara berperingkat-peringkat telah diangggap sebagai kitab suci yang telah berjaya merubah cara kehidupan umat Arab ketika itu daripada kehidupan jahiliah kepada kehidupan yang beradab dan bertatasusila. Al-Quran membawa bersama-samanya cahaya penerang kegelapan kepada umat Arab ketika itu.
Nilai-nilai murni yang terkandung di dalam ayat-ayat suci itu telah berjaya menyemarakkan ketamadunan manusia seperti mana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. Di samping nilai-nilai baik, dalam kitab suci ini juga dinyatakan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh mereka yang mengakui sebagai seorang Muslim.
Dalam lain perkataan al-Quran telah meletakkan panduan dan pedoman untuk umat Islam mencorakkan cara hidup yang diredai Allah.Di dalamnya juga terkandung khazanah perbendaharaan ilmu yang maha luas untuk kita terokai.
Justeru, pada Ramadan al-Mubarak ini kita umat Islam digalakkan malah dituntut untuk mentadarus al-Quran bagi menghayati pengajaran dan nilai-nilai suci dan harmonis yang terkandung di dalamnya. Hmmm ada ko buat...he....he....nape ek tiba2 den rasa dah lama tak makan nasi lemak bungkus dengan daun pisang.....ehmmm......ko memang shuke melencong yo.....bila lah ko nak ensaf ni.....sama2 kita berdoa agar hati kita semakin bersih dan semakin rajin untuk beribadah yo. Amin...
2 comments:
syukur, sekurang-kurangnya kita masih lagi ingat nuzul al-quran.moga lepas ni membaca al-quran menjadi sebahagian daripada rutin hidup kita selain berblog.
amin..insyaallah
Post a Comment