Wednesday, September 9, 2009

Lega Bebenau....

Hari yang ke 19 puasa.....den ada tugasan yang agak berat sikitlah....den jadi pembentang untuk Mini Seminar Politeknik dan Kolej Komuniti Zon 5. Dari PPD ada 5 kumpulan yang akan jadi pembentang. Poli Merlimau 8 kumpulan. Poli Kota Melaka 4 dan Kolej Komuniti Bukit Beruang 2 kumpulan.Den dan abeshuk bertolak dari PD dalam kul 7.10pagi....kira2 sampai kat PKM just in time lah....sempat lagi daftar dan lihat pembentangan utama Dr Rahim dari Bahagian Pembangunan Penyelidikan dan Inovasi JPPKK.


Masa den sampai je....mak oi tengok Dewan Titanium dia.....terus den gabra....apa lah baru tengok dewan je dah gabra...macam mana lah ko nak present ni......dewan dia besar gilerlah.....canggih pulak tu.....nasib baiklah den present kat Dewan ULP....besar lah jugak tapi tak de lah sebesar Dewan Titanium. Semasa taklimat tu den di maklumkan dari 60 abstract yang dihantar hanya 19 aje yang diterima iaitu 10 dari Sains Sosial dan 9 dari bahagian Kejuruteraan. Bangga gak lah den punye paper terpilih.

Presenter dari bidang Kejuruteraan akan present kat Dewan Titanium. Manakala presenter dari bidang Sains Sosial akan present di Dewan ULP. Den adalah presenter ke3 dari bahagian Sains Sosial......tepat jam 12.00tgh.....Perasaan den masa tu biasa2 je tak de rasa takut sangat pun....biasa je.......sebab den rasa tak sabar2 nak present supaya habis cepat selesai beban den ni.....ko tau lah den ni bila mula bercakap tak hingat dunia....ambik ko.....



Sampai kat PKM....senang je nak cari Dewan Titanium ni.......orang semua dah ada masa den sampai.......
Cover depan slaid powerpoint weols......simple je kan.......

Abeshuk sebagai presenter pertama.....present gaya ala2 Datuk je.....abeshuk present 4 slaid ....manakala den present 11 slaid....

Gaya2 den tengah membentangkan kertas kerja:

(gambar2 dikaburkan kerna baju yang dipakai akan diulangpakai semasa hari raya ke4 nanti...ha..ha)




Abeshuk sedang melihat den present....senyum sengetnya memberi semangat pada den....thank yang....
Ni lah sebahagian dari audiens yang hadir pada hari masa weols present.......
Behind the scene:
* Sebenarnya weols bukan nak present pun....tak de niat langsung nak hantar paper....tapi bila masuk campur Pengarah dan TP tu yang weols fikir semula tu.....itu pun den hantar bila dah tarikh tutup.....tapi alhamdulliah lah dapat gak peluang kan.....
* Asalnya den akan present semua slaid.....entah macam mana lagi 2 hari nak present barulah abeshuk offer untuk tolong present......baguslah jugakan.
*Perasaan den biasa je nak present tu....tak delah takut sangat tapi malam tadi sebelum present....kerunsingan tu datang tak semena2......kalau boleh tak nak datangnya hari besok.
*Kerja2 den yang bertambah sebanyak 2x ganda sbg KP dan tambahan Tracer study pulak dah masuk bawah HHP....so kerja2 HHP pun kena wat sama gak....tu tak masuk lagi kerja pensyarah biasa dan kerja sampingan lain.....tu gak antara sebab tak nak present paper tu......mana nak cekau masa........

Status den sekarang: Sangatlah lega bebenau..... tengah merehatkan diri di Hotel Seri Malaysia.....sambil menunggukan esok untuk sesi penyampai sijil......lepas ni tunggulah 3,4 tahun lagi baru lah fikir nak wat paper lagi.....ha...ha....

3 comments:

Petai Muda said...

10 tahun pengalaman mengajar, tapi bila saya nak mula present tu macam nak luruh buah pinggang rasanya.Ketaq.

Ahliacikgukhairul said...

tahniah to both of u.. then apa dapatan studies?

Bidarabiru said...

banyak dapatannya....ada pro & con lah....tapi semua tu untuk tujuan penambahbaikan P&P dlm BI....