Wednesday, September 30, 2009

"ISO is worse than ISA"

Itulah salah satu daripada kenyataan maut.yang dikeluarkan oleh seorang staf di PPD yang akan pencen dalam masa 3 tahun lagi dihadapan Timb Pengarah JPPKK Tn Hj Mokhlis. Kenyataan tersebut dikeluarkan rentetan dari soalan yang ditanya oleh staff JPA berkaitan kes kritikal tentang kurangnya tenaga pengajar BI. So staff ini tanya pasal outstation yang perlu dihadiri dan ketidakmungkinan untuk mengantikan kelas sebagaimana yang dikehendaki oleh ISO. So kat last soalan tu disertakankan kata hikmah kat atas tu….he…he…..tapi Tn Hj Mokhlis tak jawap pun…..dia suruh pihak Politeknik sendiri yang jawab…..so TP jawap….ISO tak paksa… buat ikut kemampuan lah…..pulak

Tengahari ini den dikejutkan dengan satu email dari PA pengarah tentang perjumpaan dengan Timb Pengarah JPKKK....kehadiran wajib....sapa tak pergi berdosa.....siap keluarkan kenyataan kelas perlu dibatalkan.....wah...wah....gempak tu.....den dengar kabar PPD dapat maklumat tentang majlis beramah mesra tu pagi tadi....kira ekspress lah.....even mesyuarat kewangan petang tu dibatalkan....ramai lecturer yang ada kelas mengeluh... ada gak yang gembira….

Apa agaknya ye Tn Hj Mokhlis nak sampaikan.....kan...kan....mukadimahnya pasal tanggungjawab kita sebagai penjawat awam.....tidak boleh terlibat secara terang2 terhadap pilihanraya ni....jaga disiplin.....pantau pelajar tetapi sekiranya ada PIHAK yang meminta bantuan untuk majlis rasmi ....perlu lah beri kerjasama......tau...

Tn Hj Mokhlis juga memaklumkan pagi tadi maklumat terkini telah diperolehi tentang perpisahan diantara Politeknik dan Kolej Komuniti....back dated pada 16 September 2009. So lepas ini akan ada 2 jabatan lah iaitu Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Konsep yang dibuat untuk KK mungkin ada perbezaan namun begitu tiada sebarang option diberikan. Tak leh lah nak pindah Poly ke, sekolah ke......

Ada gak Tn Hj Mokhlis cerita pasal penjenamaan semula.....Pengarah buat kelakar pasal rebranding ni…..dia tak kata penjenamaan semula tetapi penjelmaan semula....ha...ha...pengarah kelakar lah. Ada gak cerita pasal Politeknik Premium.......ada kaitan dengan Poly rating gak ni.....untuk permulaan akan dipilih 3 @ 4 Poly sebagai Politeknik Premium yang mana poly ini akan mengajar Diploma dan Lepasan Diploma sahaja......dalam masa ke semasa jumlah Politeknik Premium ni akan ditambah.....blah...blah....
So akhirnya petang ni weols balik lewat sikit . Majlis selesai dalam 5.10 petang.

Balik dari opis tengok2 orang tengah berkempen dari rumah ke rumah.....rombongan kempen dari Terengganu....jauh tu....pot kat sini untuk memberi bantuan dan sokongan kepada rakan2 yang berkempen.....Den ni tak berpihak mana2 ayat standard…. Orang dah datang ke rumah....sambut je lah....den siap ajak masuk lagi.....tak lama pun depa dok sebab den khabarkan siap2 den dan abeshuk bukan pengundi di sini......depa siap bagi buah tangan ko.....ambik jelah......orang bagi.....nanti den goreng bawa kek opis yo.....



Wah gembiranya nak jumpa Tn Hj Mokhlis nampak.....actually weols disuruh berkumpul dalam DK kul 2.15.....sedangkan majlis bermula kul 3.00ptg.....masak ko menunggu tu yang buat keja gila dalam DK .....siap ada orang sponsor pakai inai lagi.....ambik ko den pakai 2 belah tangan.....kalau hikutkan hati jari kaki pun nak pakai inai.....



DK masa tu bergema dengan bunyi orang bercakap......lepas sorang sorang pakai inai ....siap ada mak andam nye........mati kutu le sapa yang duduk sebelah orang yang tak kenal.....

Majlis bermula tepat kul 3ptg......Pengarah ada sekejap je......sebab kul 4 ada perjumpaan dengan...sapa tah dia kata....


Tn Hj Mokhlis sedang berucap......sikit pun tak de cerita pasal DH.....kenaikan pangkat ke apa ke....


Penuh DK4 dengan staf PPD....kelihatan staf pertama yang menanyakan soalan.....


Staf ke2 pula menanyakan soalan.....dengan gaya perbahasan yang boleh mengegarkan dewan....pandai ko mengata orang eks.....ko tu ada tanya soalan......ala den kan pakai inai mana boleh interframe.....alasan lagi...


Selesai majlis tu....diluar DK......segerombongan student menunggu untuk menggunakan DK.....actually ada exam Matematik yang diselaraskan untuk beberapa kelas yang ditangguhkan pada kul 5.00ptg.....tak leh lah nak cancel sebab student dah tau lama kan.....teruskan lah juga....syabas lecturer JMSK sanggup pulang lewat ye.....ramai pulak tu lecturer terlibat.....


Berberapa kumpulan peraih undi dari Terengganu berada di Taman den.....gi dari rumah ke rumah.....ada group lelaki dan ada group perempuan........

Selepas beramah mesra dan bertanya serba sikit dan suruh den isi borang yang den ada tipu shikit2 he..he . ....den layan je lah....tamu kan....den nak buat air depa tak mau......


Siap bagi den buah tangan lagi.....wah2 sedap nampak nya ke'pok nganu ni......orang memberi kita merasa kan......jenama ke'pok yang mahal tu.....tak de di pasaran wo....

No comments: