Sunday, July 12, 2009

Notebook den losak lah...

Masuk kali ni dah 3 kali dah notebook den losak….2 kali rosak tu den hantar kat kekawan je kat BSRK lepas ok bagi lah sikit duit kopi….tapi kali ni rosak masa cuti hujung minggu…abeshuk pula ada fail penting dalam notebook tu yang amat2 diperlukan. So gilah hantar kat kedai E Scan kek PD Walk…ok gak kedai tu...sedaya upaya selamatkan fail2 weols....kes notebook den yang tokey tu cite memang sama ngan kawan den, Wong cakap....ada kemungkinan kena format balik...tapi dia kena check dulu....ada kemungkinan juga kena tukar hardisk…banyaknya kemungkinan tapi yang pastinya mesti kopaklah hinggit…

Lama gak dia ambik masa…bila den telepon tokey tu....dia kata notebook den kena format balik sebab virus paling kuat dah serang hardisk den…almaklumlah antivirus dah lama expired…. dia suruh den datang kedai sebab fail2 den ada yang dapat diselamatkan…so kira kena gi kawat cam lah betul ke tak fail2 den... sebelum dia format….abeshuk tersenyum lega bila dia tengok fail yang paling dikehendaki tu selamat…..last2 notebook den kena format…hardisk masih leh lagi pakai….so upah format dengan masukkan antivirus Kaspersky… semuanya RM110….okey lah tu kan….

Tokey kedai komputer tengah mengodek notebook den sambil diperhatikan oleh abeshuk dan Lip Lap

Macam masalah besau je.....tapi semua tu dah berakhir.....dah ok ma....

2 comments:

alladiin said...

gambau terakhir tu ada nampak kapersky. Bagus le tu sebab lu letak original antivirus. Wa harap2 lu yg lu beli tu adalah internet security sebab zaman sekarang ni, serangan banyak melalui internet. Then jgn lupa utk update tiap2 hari antivirus tu. Antivirus yg tak berupdate, serupa macam tak ada antivirus langsung.

Bidarabiru,N9 said...

mekasih atas ingatan....rupo2nya kena update selalu yo....