Tuesday, June 16, 2009

Pemenang Kuiz Online Pusat Zakat...

Jeng...jeng...den dapat call dari Pusat Zakat...tahniah puan adalah pemenang Kuiz Online PZNS...ye ke...dapat apa...saguhati je puan...tersenyum je den...baru dapat saguhati pun dah riang hati macam mana ye kalau menang kereta kan....wow...bestnya......ade ke orang lain dari PPD...ada lagi sorang kata pegawai tu......pihak kami dah call tapi tak dapat lah...siapa ye....En XXX. Tu suami saya tu.....he..he...den gak yang buat... guna nama abeshuk...harap2 tak berdosa ye....So 10 Jun ari tu gi lah ambik hadiah....kat Pusat Zakat baru dokek belakang Billion...jangan lak tak tau...baru yo pindah....Dapat hadiah Tafsir Al Quran, t-shirt, sepersalinan track suit, tuala, alat tulis ngan beg....boleh lah...suko2..

Berita pasal tu...
7 Mei 2009, Seremban – Dengan cogankata “Lebih Mudah, Lebih Cepat, Harta Diperolehi Lebih Berkat, Selamat Dunia dan Akhirat” telah membawa tuah kepada Pn Salinah binti Ismail yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam Kuiz Skim Potongan Zakat Bulanan (SPZB) yang diadakan menerusi laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) . Beliau membawa pulang sebuah televisyen Toshiba LCD 32’ , sebuah Mushaf Al-Quran dan pakaian sukan.
Tempat kedua pula dimenangi oleh seorang guru, En. Kamarzaman bin Md.Sharif dari Sekolah Kebangsaan Felda Jelai 1. Beliau memenangi hadiah berupa Al- Quran Digital, sebuah Mushaf Al-Quran, baucer alat tulis dan pakaian sukan. Bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh En. Mohd Ariff bin Ibrahim dari HSBC Seremban, beliau memenangi hadiah berupa sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah Mushaf Al- Quran, baucer alat tulis dan pakaian sukan.
Bagi hadiah saguhati pula telah dimenangi oleh 5 orang pemenang berupa sebuah Mushaf Al - Quran, pakaian sukan dan barangan elektrik. Hadiah-hadiah adalah tajaan Percetakan Cahaya Murni, Syarikat Z-Rich, Komcetak, Norayza Marketing, RMS Trans Marketing, dan KZ Berjaya Enterprise. (Weols lah tu...jangan marah)


Para pemenang...kami pun dijemput tapi tak gi lah waktu keja kan....

Hadiah kemenangan.....rasonya macam menang keto......

Tafsir al quran tu petanda...suruh weols insaf......sedarlah....insyallah..


No comments: