Monday, June 29, 2009

Sudah Losak Ma….Aircond

Bulan ni banyak betul barang rosak yang perlu diperbaiki…semuanya tak boleh tidak…musti kena baiki gak….ikut ranklah...mula2 aircond...

Aduh mak…panas banget….tak tau lah den cuaca sejak 2 menjak ni kalau panas tu menyengat semacam je…air cond pula buat hal kalau tak silap den baru 3 bulan lepas den servis aircond….tukar gas sebagai….tapi kali ni rosak…den panggil gak pomen untuk check…dia kata kong habis…..cukup lah dia bagi khidmat kat weols selama 4 tahun 5 bulan….nampaknya kena beli baru ni….tak leh tahan…sebab dah biasa dengan aircond especially Lip Lap....kipas tak berapa lot…still rasa berkuap…

Oleh kerana den ni lecturer harga …apply lah sikit apa yang den ajar tu….gi lah 2 3 kedai wat perbandingan harga….kul 9 lagi dah keluar nekad….kedai pertama den gi kek Pasir Panjang…biasanya kedai tu murah sikit….sampai sana kedai tak buka lagi lah beb…..malas nak tunggu blah aje lah…2nd gi kedai depan Sekolah Kejururawatan tu….pun belum bukak lagi…tapi tunggu jap je…dia buka je den terus serbu….kek kedai ni den kenal staf dia ex student poly Saravanan…dia yang servis aircond rumah den dulu….tapi dia tak de pulak masa tu….bincang punye bincang….saleswomen tu nak bagi den air cond York RM1050. All in…..dah dapat satu harga dah….lepas tu gi lak kek kedai sebelah Public Bank PD ….tapi den tak berapa faham sangat tokey tu cakap….abeshuk lah yang deal…. yang den tau tokey tu bagi York RM950…makin murah….last kedai weols gi kat sebelah kedai kain Indah….dia bagi all in RM999. So secara teorinya best price win lah….so patah lah balik gi kedai sebelah Public bank tu…belakang dia kata harga aircond + pasang memang RM950…tapi kalau nak bukak aircond lama den dia nak charge seratus setengah ma….hantu betul tadi tak cakap….Last2 gi kedai kat sebelah kedai kain Indah dan….deal up….settle kul 1.30 petang dia datang pasang….

Den salute betul tengok dia orang ni berniaga…janji kul 1.30 kul 1.20 dah ade kek depan rumah...fuyooo....pandai betul meniaga....so abeshuk lah tukang tengok technican tu pasang....try gak tanya air cond lama tu tak leh tolak ke...ambik murah pun tak pe....dia kata tak laku wo....kalau nak jual wat besi buruk pun kena bukak dulu.....ala tak pe lah abeshuk kalau depa tak nak ambik buang je kek tempat sampah depan rumah…

Dalam masa depa pasang tu….den dok dalam bilik tido2 ayam….dalam kul 2 den dapat call dari Saravanan

Den: Alo
Saravanan: Aka macam mana aircond
Den: Sorry lah Sara tak jadi beli kat kedai u....i dapat lagi murah ma
Saravanan: Kat mana aka beli....berapa dia bagi
Den: Kat public bank...dia bagi RM950 (tipu sikitlah)
Saravanan: Ooo...kalau saya kat kedai tadi saya boleh bagi aka harga tu....
Den: Iye ke....sorry lah tadi dia bagi i RM1050 lah
Saravanan: Tulah budak tu....blah blah......
Den: Sorry ye...
Saravanan: Tak pe aka....

Sekejap lepas tu dapat lagi call dari Saravanan

Saravanan: Alo kak macam mana ngan air cond lama...
Den: Ada kat depan tu....technician dah buka....
Saravanan: Akak tak mau jual ka....kalau aka nak jual saya mau beli....
Den: Hah u nak beli ke...berapa (Sambil mengawal perasaan)
Saravanan: Berapa aka nak jual...
Den: Berapa ye....u nak beli berapa (nasib baik den sempat fikir kalau den kata RM20 tadi)
Saravanan: Yang kat luar tu dah tak boleh pakai....kalau yang kat dalam tu...kalau RM150 boleh kah.
Den: Boleh.(Terkelujat betul....)


Den pun kabor lah berita gembira tu pada abeshuk...abeshuk bole kata...lah nape tak minta RM200...lah gitu pulak...

No comments: