Turun dari bas kat penghujung jalan......untuk gi tengok ikan.......banyak betul bukit.....jenuh menapak.......peluh menjejis....
Friday, March 25, 2011
Taman Pertanian Malaysia...
Taman Pertanian Malaysia atau dikenali dengan Taman Botani di Bukit Cherakah. Alang2 dah ada kat Shah Alam.....apa lagi dah dekatkan singgah ajelah, sebaik aje den tamat bengkel weols pun pergi......lagipun abeshuk ambil cuti khas pada jumaat tu memandangkan minggu tu abeshuk amat sibuk mengendalikan Pameran Projek Pemasaran Pelajar Akhir DPR dan AGM Koperasi......memang dia benar2 penat.....den memang alu2 kan abeshuk cuti.....senang nak ambil den kan.....tu yang sebenarnya. Kalau tak silap den, masa den belajar dulu adalah datang kat sini.......kagum wei tengok kat sini ada rumah iklim musim sejuk.......tapi masa tu kan kalau nak masuk situ kena bayar lain kan so fikir banyak kalilah nak masuk.....masa tu duit even RM5 amat berharga beb. Sekarang bila dah ada duit nak masuk kat situ......under construction pulak....sampai bulan julai pulak tu......tapi kalau rumah iklim tu buka pun sekarang ni kira musim bunga. Kalau nak gi musim sejuk pada bulan disember hingga feb ye. Kat sini memang sesuai untuk orang yang nak jaga kesihatan.....jogging boleh.......jalan pun boleh.....cycling pun boleh. Oleh kerana tempat ini besar....stamina weols pulak ehem....ehem.....so terus meleju je naik bas. Bayaran masuk kat sini RM3 seorang. Lip Lap free. Rasa macam VIP pulak......driver kat situ nampak aje weols naik terus gi kat bas.....terus bawa weols 3 beranak ronda kat dalam kawasan tu.....lama pulak tu memang berbaloilah dengan bayaran RM6 je boleh berlari2 dalam bas....he...he......lepas tu driver tu pulak......nampak aje tempat menarik dia berhenti......nama weols nak turun tak denya.....bergambar dalam bas je.....takut2 kang bila weols turun.....bas jalan.....ha...ha.....mau berjanggut nak tunggu bas lain.... Apa2 pun memang seronok ronda2 tengok permandangan yang indah kat sini. Itulah yang bestnya bila time kita pergi bukan waktu peak. Seronok tapi berpeluh sakan ye....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment