Monday, March 28, 2011

Sekitar Projek Pemasaran...

Kali ini semasa pembentangan projek akhir pelajar pemasaran den tak ada pulak kat Poly. Rugi pulak rasanya tak dapat tengok......tambahan pula kali ini dibuat dalam Dewan secara besar-besaran memandangkan banyak sangat kumpulan untuk semester ini....kalau tak silap den ada dalam 14 kumpulan kot.....tapi bebelas2 kumpulanlah......

Den pulak salah seorang penyelia untuk salah satu kumpulan.....walaupun den tak de masa tu tetapi group den siap bagi mms dan sms tentang perkembangan semasa dalam dewan. Siap update blog projek secepat mungkin dan pulak boleh komen serta merta. Actually den memang berpuas hati dengan group den kali ini.....yang paling den berpuas hati adalah kerana setiap kata dan komen den di buat penambahbaikan.

Banyak susah senang dikongsi bersama dan den dapat pantau depa melalui blog yang den suruh depa create. Walaupun den tak de masa tu tetapi banyak dah panduan yang den dah berikan.....even pertanyaan dan komen jugde pun weols dah boleh agak......especially tentang packaging product. Mereka dah hantar sebulan lebih awal......design dsb......tetapi hasilnya tak seperti yang diharapkan......memang mengecewakan...... Apa2 pun alhamdullilah walaupun tak menang.....hanya dapat nombor 4 dari keseluruhannya uols tetap memang di hati saya. To my dear students......good luck.....semoga berjaya di dunia dan akhirat. Amin. So apa lagi jom layan gambar sekitar majlis......sorrylah tak semua produk ada.....maklumlah ini pun dapat ehsan gambar dari abeshuk. Abeshuk masa tu adalah sangat sakit kepala......kata dia lah......tetapi tetap digagahkan diri menghadapi majlis ini....perghhhhh.....

Pembentangan dan penilaian sedang dibuat...... Kerepek apa ni ye......kalau tak silap snek sengkuang.....

Ini pemenang tempat pertama.....pewangi kereta untuk menghilangkan rasa mengantuk......tahniah ye


Ni salah satu produk pelajar......jus ke apa ni tak tau juga.....


Ini keropok kulit lembu.......group ni pun menang jugak.....



Kat gambar tu ada gambar pisang......pisang salai bercoklat gamaknya...


Kerepek apple pun ada.....rugi tak dapat nak rasa.....


Ni kalau tak silap den Cakoi segera berintikan rosselle....


Pisang goreng segera.......ada sebungkus dalam peti ais den ni....bilalah nak goreng ni....TQ sebab ingat kat saya.....


Ini pulak presentation product dari kumpulan den......Veggie Cocktail with sauce......napelah uols susun cocktail tu skema sangat.....he...he.....


Ini lah anak2 didik den....kalau den ada ni memang tak muat gambar lah nampaknya......



Ini pulak gambar dari sisi.....kumpulan sendiri kena letak gambar lebih sikit.....



Setiap kumpulan dinilai 2 kali........


Ni rasanya bila dah selesai kot......sebab riang ria semacam je...

No comments: