Wednesday, March 30, 2011

Sampai juga akhirnya.....

Dari hujung tahun lepas katanya KP nak datang ke PPD. Tetapi ada aja halangan dan rintangannya kan. Tup tup tiba2 mengejut2 aje dengarnyaKP nak datang. Oh sukaaaaaaa......bagus juga datang mengejut2 ni sebabnya tugas2 nak mengendalikan majlis ni akan jatuh di bawah batu jembala Unit Pentadbiran......kalau jadi datang masa jabatan den jadi tuan rumah untuk perhimpunan dan dalam masa tu KP pulak nak datang.....jenuh ko....persiapannya.....

So ada sesi ucapan2 dan sesi soaljawab......apa yang boleh den katakan......apa yang den bayangkan tetang KP adalah tidak sama dengan persepsi den tentang KP selama ni. Apa persepsinya......hmmmm tak pe lah......result kriteria kecemerlangan tak keluar lagi kan......minggu ni keluarlah kot sebabnya kalau tak silap den tarikh surat adalah 1 April.....sabar ye......

Pengarah bagi ucapan alu-aluan...


KP tengah beri ucapan......tak sangka KP ni merendah diri orangnya.....



Majlis ditutup dengan aman damainya dengan laungan lagu Politeknik....

Tuesday, March 29, 2011

Coach and coachee....

Abeshuk dan den kena attend course Basic Skill of Coaching.......orang dah suruh pergi je lah kan.....tambahan pulak kalau kena kat dalam......tak de hal punye.......participate tak ramai dalam 20 orang aje......terdiri dari KJ, KU dan KP......

Kursus kali ni den rasa antara kursus terbaik yang den pernah hadiri.....walaupun penceramah adalah menggunakan sumber dalaman sahaja iaitu dari PSP, PPD dan PSA tetapi ianya berkesan dan mudah difahami.....berbanding kalau guna consultant luar......bayar mahal......tapi tak berapa menepati keperluan kita. Tak gitu..... Tapi persoalannya dah bersedia ke den ni menjadi coach......ha...ha.....hendak tak nak kena lah buat jugak kan sebabnya ia adalah salah satu kriteria untuk kecemerlangan kalau nak naik pangkat esok esok masa akan datang.

See Say Do.....adalah elemen dalam Coaching ni......ada 10 milestones.....kalau follow betul2 memang boleh membantu choachee dalam mencari penyelesaian masalah.....actually coach ini akan membantu coachee ke arah menyelesaikan masalah.....kena mendengar dan banyak bertanyakan soalan2........yang penting penyelesaian masalah tu datangnya dari diri coachee sendiri.....bukannya coach yang bagi solution......banyaklah point kalau nak citer kat sini...... Apa2 pun ni baru basic ye.....mesti ada susulan dan susulan dan susulannya nanti......Tahniah den ucapkan penceramah muda yang mengambil cabaran untuk memberi talk kepada pegawai2 gred atasan ni (kecuali den dengan abeshuk)......den sangat kagum......o yeah....

Module yang digunakan.......masih dalam proses pembuatannya.....so no softcopy ok....


Semasa kursus berlangsung.......banyak sesi soal jawap....


Antara penceramah yang memberikan talk......


Ini adalah Mr Mike....orang yang terkenal di Malaysia pasal Coaching ni......dia tengah menunjukkan contoh sesi coach yang sebenarnya.....


Penutup kursus di hadiri oleh Pengarah Bahagian Latihan......En Karim.....banyak input diberikan....


Monday, March 28, 2011

Sekitar Projek Pemasaran...

Kali ini semasa pembentangan projek akhir pelajar pemasaran den tak ada pulak kat Poly. Rugi pulak rasanya tak dapat tengok......tambahan pula kali ini dibuat dalam Dewan secara besar-besaran memandangkan banyak sangat kumpulan untuk semester ini....kalau tak silap den ada dalam 14 kumpulan kot.....tapi bebelas2 kumpulanlah......

Den pulak salah seorang penyelia untuk salah satu kumpulan.....walaupun den tak de masa tu tetapi group den siap bagi mms dan sms tentang perkembangan semasa dalam dewan. Siap update blog projek secepat mungkin dan pulak boleh komen serta merta. Actually den memang berpuas hati dengan group den kali ini.....yang paling den berpuas hati adalah kerana setiap kata dan komen den di buat penambahbaikan.

Banyak susah senang dikongsi bersama dan den dapat pantau depa melalui blog yang den suruh depa create. Walaupun den tak de masa tu tetapi banyak dah panduan yang den dah berikan.....even pertanyaan dan komen jugde pun weols dah boleh agak......especially tentang packaging product. Mereka dah hantar sebulan lebih awal......design dsb......tetapi hasilnya tak seperti yang diharapkan......memang mengecewakan...... Apa2 pun alhamdullilah walaupun tak menang.....hanya dapat nombor 4 dari keseluruhannya uols tetap memang di hati saya. To my dear students......good luck.....semoga berjaya di dunia dan akhirat. Amin. So apa lagi jom layan gambar sekitar majlis......sorrylah tak semua produk ada.....maklumlah ini pun dapat ehsan gambar dari abeshuk. Abeshuk masa tu adalah sangat sakit kepala......kata dia lah......tetapi tetap digagahkan diri menghadapi majlis ini....perghhhhh.....

Pembentangan dan penilaian sedang dibuat...... Kerepek apa ni ye......kalau tak silap snek sengkuang.....

Ini pemenang tempat pertama.....pewangi kereta untuk menghilangkan rasa mengantuk......tahniah ye


Ni salah satu produk pelajar......jus ke apa ni tak tau juga.....


Ini keropok kulit lembu.......group ni pun menang jugak.....



Kat gambar tu ada gambar pisang......pisang salai bercoklat gamaknya...


Kerepek apple pun ada.....rugi tak dapat nak rasa.....


Ni kalau tak silap den Cakoi segera berintikan rosselle....


Pisang goreng segera.......ada sebungkus dalam peti ais den ni....bilalah nak goreng ni....TQ sebab ingat kat saya.....


Ini pulak presentation product dari kumpulan den......Veggie Cocktail with sauce......napelah uols susun cocktail tu skema sangat.....he...he.....


Ini lah anak2 didik den....kalau den ada ni memang tak muat gambar lah nampaknya......



Ini pulak gambar dari sisi.....kumpulan sendiri kena letak gambar lebih sikit.....



Setiap kumpulan dinilai 2 kali........


Ni rasanya bila dah selesai kot......sebab riang ria semacam je...

Sunday, March 27, 2011

Hari Bakat...

Ni citer pasal Hari Bakat....bukan pasal bakat tentera ye....ni Hari Bakat Lip Lap......kiranya macam hari tunjuk bakatlah kan. Ada 5 Sekolah Pasti yang bertanding untuk 4 acara iaitu Azan, Hafazan, Bercerita dan Nasyid.

Dari Pasti Lip Lap iaitu Pasti Iqra ada 4 wakil......Lip Lap yang sebelum ini mewakili Pastinya untuk acara bercerita terpaksa ditukar kepada hafazan. Mula2 rasa peliklah juga Lip Lap dah hafal banyak cerita tup2 kena tukar hafazan....kerana cikgu Lip Lap kata sebutan Lip Lap lebih jelas......

Apa yang boleh den katakan....memang seronok menonton Hari Bakat ni....tengok keletah kanak2 yang pelbagai...kelakar ko mengalahkan menonton Raja Lawak pulak......yang nagis pun ada....yang diam seribu bahasa pun ada.....yang terlebih excited pun ada. Apa yang den kagum budak2 ni memang berani......kalau den lah masa sebaya depa ni kena naik atas pentas ni boleh pitam kena parkinson.

Bagus juga ada aktiviti sebegini......walaupun Lip Lap baru 3 bulan bersekolah di sini tetapi banyak perubahan dan peningkatan terutamanya dari aspek agama.....alhamdullilah Rilek aje......walaupun banyak kali den tanya.....takut ke....takut ke...dia kata tak takut langsung......heran pulak den nape tak takut hah......normal ke tak normal ni....
Sampai2 aje dah jumpa kawan.........


Kena mengadap cikgu2 dia.....untuk taklimat awal....


Acara awal adalah Azan.......adik ini azan sambil rengek2....kelakar betul


Ini pulak juara azan......adik ni lupa nak bagi salam dulu.....lepas aje turn dia....kat belakang pentas apak dia kemain sound lagi.....kenapa tak bagi salam blah3.......apak pulak yang lebih ye.....


Masa ini jantung den adalah berdebar2 takut betul Lip Lap buat salah ke apa ke.....dia rileks je.....dapat nombor 3 je......


Abeshuk tengah merakamkan saat memori terindah dalam hidup Lip Lap....



Para penonton adalah ramai......


Ini pulak acara bercerita....


Nasyid pun ada....macam gelagat...


Macam2 gaya


Kumpulan ni paling kelakar......anak Mimah lebih kepad senyum dari nanyi...


Mimah dan anak bongsunya...


Acara ambil hadiah......

Saturday, March 26, 2011

GM Klang

Pernah tak ko dengar pasal GM Klang.....kalau pernah tu bagus le kalau tak pernah tu meh sini den nak citer. Ni satu lagi tempat nak perabiskan duit. Den pun baru lagi dengar tempat ni.....itu pun sebab adik ipar den dok asyik tanya macam mana nak gi ke GM Klang sebab dia dah gi GM Chow Kit so nak pulak gi GM Klang. Bila dengar orang tanya2 pasal GM ni membuatkan den pun tak nak lah ketinggalan zaman......nak lah jugak pergi kan....lagi pun signboard pasal GM ni merata jugak den jumpa. So bila tiba2 nampak signboard tu on the way weols balik ke PD....apa lagi meronta2 lah nak gi. GM ni adalah tempat pembelian barangan borong.....kalau ko jenis berniaga eloklah ke sana tapi kalau nak beli satu je adalah tidak berbaloi. Apa yang den beli adalah sticker dan baju Lip Lap. Baju kanak2 adalah cantik2 contohnya baju t-shirt kanak2 kalau beli sehelai RM25 tapi kalau 6 helai gega jatuh kepada RM13....RM10 .....bergantung kepada jenis.
Ni simpang untuk ke sana.......dekat dengan Bandar Botani....


Kedai yang banyak building......


Baju kanak2 memang menikam kalbu.....

Den beli rangkai baju T untuk Lip Lap....kena beli 6 helai baru dapat harga borong tapi den beli 4 helai je sebab design yg lain tak berkenan......pujuk2 dan akhirnya dapat jugak harga borong....

Mainan pun ada.....
Computer pun ada....pokok kata macam2 ada lah.....

Friday, March 25, 2011

Taman Pertanian Malaysia...

Taman Pertanian Malaysia atau dikenali dengan Taman Botani di Bukit Cherakah. Alang2 dah ada kat Shah Alam.....apa lagi dah dekatkan singgah ajelah, sebaik aje den tamat bengkel weols pun pergi......lagipun abeshuk ambil cuti khas pada jumaat tu memandangkan minggu tu abeshuk amat sibuk mengendalikan Pameran Projek Pemasaran Pelajar Akhir DPR dan AGM Koperasi......memang dia benar2 penat.....den memang alu2 kan abeshuk cuti.....senang nak ambil den kan.....tu yang sebenarnya. Kalau tak silap den, masa den belajar dulu adalah datang kat sini.......kagum wei tengok kat sini ada rumah iklim musim sejuk.......tapi masa tu kan kalau nak masuk situ kena bayar lain kan so fikir banyak kalilah nak masuk.....masa tu duit even RM5 amat berharga beb. Sekarang bila dah ada duit nak masuk kat situ......under construction pulak....sampai bulan julai pulak tu......tapi kalau rumah iklim tu buka pun sekarang ni kira musim bunga. Kalau nak gi musim sejuk pada bulan disember hingga feb ye. Kat sini memang sesuai untuk orang yang nak jaga kesihatan.....jogging boleh.......jalan pun boleh.....cycling pun boleh. Oleh kerana tempat ini besar....stamina weols pulak ehem....ehem.....so terus meleju je naik bas. Bayaran masuk kat sini RM3 seorang. Lip Lap free. Rasa macam VIP pulak......driver kat situ nampak aje weols naik terus gi kat bas.....terus bawa weols 3 beranak ronda kat dalam kawasan tu.....lama pulak tu memang berbaloilah dengan bayaran RM6 je boleh berlari2 dalam bas....he...he......lepas tu driver tu pulak......nampak aje tempat menarik dia berhenti......nama weols nak turun tak denya.....bergambar dalam bas je.....takut2 kang bila weols turun.....bas jalan.....ha...ha.....mau berjanggut nak tunggu bas lain.... Apa2 pun memang seronok ronda2 tengok permandangan yang indah kat sini. Itulah yang bestnya bila time kita pergi bukan waktu peak. Seronok tapi berpeluh sakan ye....
Bas punye lah besar.....bermaharajela lah weols dalam bas......

Kiri pun nak tengok....kanan pun nak tengok......

Turun dari bas kat penghujung jalan......untuk gi tengok ikan.......banyak betul bukit.....jenuh menapak.......peluh menjejis....


Try untuk naik basikal.....cuba mencari pasal.....kalau setakat turun bukit no problem.....


Weols ke rumah ikan....

Ikan colourfull Lip Lap bersama anak2 ikan.... Nyaman udara kat sini.....permandangan pun walla


Bergambar di sebelah air terjun...



Rumah Warisan Budaya.....



Peta untuk meneroka kawasan kat situ....


Replika haiwan pun banyak...


Taman haiwan....


Den gi tengok anak sungai yang ada macam buih2 sabun.....abeshuk kata buih2 tu petanda kat situ ada ikan....iye ke....auta ke......