Friday, August 14, 2009

611

Nombor apa tu….tu lah nombor channel tv kegemaran Lip Lap….lepas buat keja sekolah……belah malam biasanya tu yang dihadapkan….sometime boleh jadi kes dengan den….mana tidak nya bila Lip Lap dah bukak channel tu….dia boleh sorok remote control tu….tempat2 yang Lip Lap sorok selalunya den leh baca….tapi sejak dua mejak ni dia terlebih kreatif pula….sampai den pun dah tak leh agak…..nak jadi hal besar sampai kena campur tangan abeshuk lah bila Lip Lap sendiri tak ingat kat mana dia letak….adush…abeshuk siap pegang rotan lagi….nak pulihkan ingatan Lip Lap ha ha….cerita2 ultraman…detective conan….tom2 bak…kapten boleh…hikayat putera sazlan.....tu semua den leh tengok lagi…..tapi bila time cite Jim, Jam & Sunny tu …ohh...tidakkkkkkk…..satu lagi Loopido…oh nahi…nahi…palatum tum....



Den agak fobia ngan nombor ni....nombor yang harus di hindari di abad ini...


Remote control yang sering menjadi rebutan.......

Ni lah rancangan Loopido yang tak mampu mata den ni nak nonton eh......

Dijamin tidak rosak....

Biasanya bila den dah mula rasa ada fening2 bila menghadap keja yang berlambak2....den akan mengalihkan perhatian sekejap mencari bahan2 ringan untuk mereleasekan keadaan....cari apa2 bahan yang boleh membuatkan den tersenyum pun cukuplah sebelum menyambung semula koreja.....

Ni ada satu lawak yang wat den tersenyum simpul.....

Ni macam jam den satu ketika dulu....tapi dah hilang entah kemana......(gambar hiasan je)


Di sebuah kota kecil hiduplah seorang pemuda Arab yang bekerja sebagai penjual jam. Di depan kedai beliau tertulis "JAM 3000, DIJAMIN TIDAK ROSAK" Kemudian ada seorang mak cik membeli jam tersebut, dan baru beberapa minit tiba-tiba jam tersebut mati.Lalu mak cik itu kembali kedai tersebut dengan hati yang panas."Hey... Jamnya rosaklah.. kata dijamin tidak rosak".

Lalu Pemuda itu menjawab dengan slamba,"Aiks!...Orang Arab kan membacanya dari kanan". ( Rosak Tidak Dijamin )

Betul gak....so berhati2 lah bila membeli dari orang Arab tau....

Wednesday, August 12, 2009

Apa kan daya

Biasanya bila abeshuk tak de…balik aje dari opis den dan Lip Lap akan terus masuk rumah. Syarat yang abeshuk bagi kat Lip Lap ialah tak boleh main kat luar masa abah tak de….nanti jatuh susah….so setakat beberapa hari ini Lip Lap mematuhi arahan. Tapi petang ni bila dengar je jeritan member2 dia main kat luar….tak leh jadi dia mengelisah nak keluar gak….den yang tengah masak dipujuk dengan muka manja dan suara mengada2nya……macam2 alasan den beri tapi tetap gak dipujuk bertalu2 berbekalkan motto…"Kesian lah kat adik”….motto yang diulang lapan puluh kali tu menyebabkan den ni… memberi kata putus …boleh main kat luar tapi kena pakai mask…..ala mask dah buang tadi……teacher kata lepas pakai kena buang….betul lah jugak kan…kan…..terus Lip Lap bagi idea…. Ah apa kata adik pakai mask ultraman……toing2…toing….apakan daya den untuk menghalang lagi…..


Ada je ide nak keluar main kat luar rumah....

Ultraman sedang bermain dengan member2 sambil diperhatikan oleh ibu ultraman...kah..kah

Tuesday, August 11, 2009

Rindu-rinduan

Busy bangat dok kat opis sekarang….sampai tak tau nak wat keja yang mana satu…..fening2…fening….

Minggu ni abeshuk outstation lagi....biasanya bila abeshuk oustation....Lip Lap akan demam rindu....tambahan pulak sekarang ni tengah musim demam kan.....kerja kat opis pulak banyak...risau gak kalau Lip Lap demam kena so den kena wat langkah berjaga2 kali ni....Antara langkah2 nya:

Gi sekolah kena pakai topeng....okey Lip Lap kata
Bagi khutubah hari2 jangan demam tau...jangan demam tau...
Ambik baju abeshuk yang asem2 tu letak kat tempat tido Lip Lap...paksa dia sedut....supaya tak rindu kat abeshuk...kah2

So far setakat ni ok llah...hopefully ok je …ni petua orang tua2 kan…hikut je lah….
Muka orang stim....cium baju bucuk abeshuk....ahhhhcummmmm


Ni lah budak kecik yang suka buat muka pelik2.....


Saturday, August 8, 2009

Putrajaya Lah Pulak

Plan asal lepas gi Wetlands ingat nak terus pot kat Pangsapuri Puspanita. Plan ke…iye lah hari ni nak pergi semalam baru nak booking….plan lah juga tu kan…..mana nak ado…tapi heran gak hari jumaat pun penuh ke….mesti ada apa2 kat Putrajaya ni….musykil2

So petang jumaat tu…lepas lepak2 hilangkan lelah weols pun gerak lah ke Putrajaya. Lebih kurang 48 km je….so bila sampai tu lepak2 dulu ambik2 gambar kat tempat2 yang boleh parking keta sementara menunggu Lip Lap bangun tido….bila Lip Lap dah bangun parking lah keta berdekatan dengan Puspanita…..konon2 nak jadi Horatio lah menyiasat ko….tak de banyak keta pun….saje je kata penuh…pulak….

So weols kira2 nya jogginglah kat sepanjang tasik Putrajaya tu….sambil mulut asyik menyebut jauh lagi ke….jauh lagi ke….kah..kah…sampai lah juga kat Prominate…pot kat situ…..abeshuk secara sukarela patah balik ambik keta parking kat depan Prominate….pancit terus….so kat sini weols bermaharajalelalah posing berlatarbelakang Masjid Putrajaya…..heran gak naper eh kat sini macam tak de orang je……

Abeshuk kata hari jumaat kat Putrajaya ada pasar malam….jom tengok nak…..buleh je….so sampai kat sana tengok beribu2 lemon keta….dan agak terkezut tengok masih ada lagi Pesta Flora kat Putrajaya….ingatkan minggu lepas je ade…..rupanya ada lagi lah beb…..tak lah kempunan nak tengok secara live…jealouss tau tengok blog kengkawan yang gi Pesta Flora minggu lepas……

Spend our time kat Pesta Flora dengan penuh asyik masyuk. Mata den yang kocik ni menjadi beliak melihatkan bunga2 yang colourful tu…..sampai tak jadi lah nak gi pasar malam kat Putrajaya sebab dah lenguh kaki....

Nak pulang pun ada citer gak….rasanye dah berbelas kali dah gi Putrajaya …tapi berbelas kali gak lah sesat masa nak balik…..Biasanya weols jadikan landmark PICC untuk balik tapi sebab jalan tu sesak….konon2nya nak cari jalan alternatif lah….Pusing2…ada tujuh lapan kali masuk jalan mati…..banyak betul jalan mati kat Putrajaya ni eh…..last2 berkat kesabaran weols jumpa gak PICC dan seterusnya membelah malam pulang ke Banting….and dinner kat sana.


Weols berjalan dari laluan jogging di sepanjang Puspanita ke Prominate Sport Centre......


Berhenti sejenak minum petang di pangkin...makan dunkin donat seorang sebiji...ambik tenaga...

Lip Lap sedang melihat bot2.....tapi tak beroperasi lah pulak....kalau round putrajaya naik bot...syok gak


Satu pemandangan yang sungguh indah.....latar belakang Prominate Sports Center ngan kenu....

Fuh cantik gak permandangan Masjid Putrajaya dari belakang......malas nak gi dekat sebab kat sana ramai pelancung luar negara....

Model ke 2 pula sedang merenung tasik berlatarbelakangkan Masjid Putrajaya.....gaya tersendiri tuu...

Banyak betul building yang cantik2 kat sini....sampai tak tahu nama eh...


Meluangkan sikit masa untuk melihat panorama di sekitar tasik disekitar jambatan Putrajaya


Penat tengok kiri tengok kanan pulak........semuanya indah2.....

Bergambar dengan speedboat.....ni kalau dapat naik....syok betul.....iye ke


Gambar2 disekitar Pesta Flora:

Start point kat sini.....mula2 agak gayat gak tengok banyaknye bunga.....maklum le tak pernah tengok bunga banyak macam ni....


Tak tau nak tengok yang mana satu dah.....semua cantik2....

Profesional cameraman sedang menjalankan tugas...orang yang minat dengan fotografi....memang sesuai gi kat sini....


Saujana mata memandang.......colourful and wonderful view


Ni area orked2....pelbagai jenis orked ada kat sini...boleh beli kalau berkenan......

Sepanjang laluan bunga......harum bau bunga2 ni.......




Ni keta yang disediakan untuk orang awam meninjau sekitar Putrajaya ...percuma...tapi keta yang kat atas ni khas untuk VIP....untuk orang awam...warnanya putih....


Kat sini pulak area bunga2 dalam aircond building.....


Kat sini siap ada jual cup cakes lagi.....bila nak belajar wat ni ah.....

Ni pulak bunga2 yang dihias mengikut bentuk2 haiwan....macam2 jenis haiwan ada


Tiang yang penuh dengan hiasan bunga.....tinggi sampai kat atas


Semua orang sangat teruja untuk mengambil gambar....


Friday, August 7, 2009

Syoknya...Bestnya... Wetlands

Hari ni…ari jumaat…weols decide ambik cuti…memang waktu ni staf digalakan ambik cuti pun sebab student kan tak de……So bila dah cuti ni sudah semestinya ada program jalan2 lah….Lip Lap pun cuti jugak le tak kan nak tinggal kot…meraung nanti…..

Lip lap tengah lentok dalam perjalanan ke Wetlands

Abeshuk cadangkan weols gi Paya Indah Wetlands …tempat tu sesuai waktu wabak2 ni….sebab tak ramai orang lagi….tapi semalam bila dia telepon tak de orang angkat lah pulak…risau gak takut ditutup….tapi dengar2 dah dibuka balik….confiuslah…..tak pe lah macam biasa kita TERJAH je….siap bawa bekal lagi…takut2 tak de tempat makan…..den memang tak leh gambarkan Wetlands tu macam mana….ingatkan tempat mandi manda macam Wet World….


Pintu masuk utama...alhamdulliah dah buka rupanya untuk orang awam sejak bulan Okt 2008 lagi


Entrance masuk ke Wetlands.....sorrylah malas nak turun keta...so gambar tak penuh le...

Macam biasa model tetap tak berbayar bagi blog den tengah menjalankan tugas dengan penuh rela paksa....dari kiri gerak....


So pagi2 lagi dah bertolak….smooth je perjalanan…ikut jalan lama je…So bila sampai kena gi kaunter dulu….abeshuk kata kena bayar….tengok2 dia bagi sticker je dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Yahoo yabedabedu…free.....dah lah tu tak de orang lain pun….damai betul…Jalan2 pulak boleh bawa keta tau…



Den bawa Lip Lap jalan2 sekitar kaunter


Dapatkan pas pelawat kat kaunter....so lepas tu leh lah keta berlegar dalam Wetlands tu


Tengah meneliti map...mana mau pergi dulu hah....

Destinasi pertama adalah gi tengok badak air atau nama glamournya Hippo. Sepanjang hidup den memang tak pernah tengok hippo secara live. Ni lah first time…selalu tengok blue hippo je. Iye lah setahu den kat zoo pun tak de….Hippo ni menurut kata penjaganya ia adalah projek usahasama kerajaan Malaysia dengan Boswana. Boswana bagi 3 hippo, Malaysia bagi tapir….nape le tak bagi semua khinzir kat Malaysia ni kan….he..he….Jangan tak tau weols pun berkesempatan bagi hippo makan tau…takut2 berani…..takut tangan hilang.




Mula2 tengok dari jauh je......tengok keadaan dulu.....

Pemberi makan tu siap letak ubat cacing lagi dalam buah betik.......


Den pun mencoba nasib....mengena sasaran...maklum la sharp shooter masa kat sekolah dulu....iye ke


Tiga ekor hippo Juwita, Kundra dan Cendana...2 betina 1 jantan....yang tak de dalam gambar tu namanye juwita....pemalu sikit....makan kat bawah dan tak nganga pun...tak de gigi kot...


Takut2 je abeshuk ni...setakat ni hippo tak makan orang lagi lah


Hippo ni asyik menyandar je sambil nganga mulut minta makan...cam malas yo



Kundra ni asyik bukak mulut je.....pantang suruh...paham lak tu bahasa melayu

Akhirnya campakan abeshuk masuk gak ke sasaran setelah 2 kali tersasar kebawah.....


Boleh memecut rupanya hippo ni.....ingatkan slow....rupanya boleh masuk lumba lari ye.....

Maklumat tentang badak air...kalau nampak bacalah sendiri


Lepas tu gi kolam buaya. Ada gak buaya tu timbul…malu2 kucing aksi dia. Tapi kalau nak syok gi ari Sabtu ngan Ahad lah…sebab buaya2 tu akan diberi makan pada hari2 tersebut je….ari lain buaya kena posa.

Tasik ni didiami oleh beberapa spesies kasanova.....malas nak tengok

Lepas gi kolam buaya….singgah tengok staf2 kat sana tengah proses telur asin. Semua teluk2 itik yang diperolehi dikumpulkan. Best gak tengok orang wat gotong royong sama2 …rasa2nya budak2 praktikal tu….depa pun ramah2…maklum le tak de pengunjung…so bila ada tetamu tu depa layan baik punye….pantang ditanya...


Ingatkan apa tadi berkumpul ramai2....rupa2 nya tengah wat projek telur asin

Telur yang telah direndam air masin selama...entah tak tanya pulak....sedang dibersihkan


Telur2 asin tu kemudiannya disalut dengan tanah liat buatan sendiri


Telur asin di lapiskan dengan serkam padi....

Lepas dah siap simpan 2 minggu sebelum boleh di mamam

Lepas tu gi taman dia tengok pelandok, beberapa sepesis ayam, arnab, tikus dan beberapa ekor lagi binatang yang tinggal dalam satu taman yang cantik. Kira hidup aman damai lah….


Jurufoto amatur pun tengah mencuba nasib.....bolehlah......


Napoh tengah menikmati lunch....kat belakang dia ada mickey mouse


Ni spesis ayam apa tak dan nak baca lah pulak


Gaya seorang jurufoto profesional tu dah ada......cayalah
Destinasi seterus gi tengok chalet2 kat dalam Wetlands tu….belum lagi beroperasi pada orang awam. Bila den tanya harga dia…depa kata baru wat sebut harga….. RM120 sebilik ….kira ok lah tu sebab den masuk tengok ….cantik….kalau tak nak chalet…dorm pun ada….harga tak tau lah…. Kat sini ada chalet Agung tau...tapi tak dan nak tengok. Agung kita selalu gak naik kuda kat sini.


Siap ada beranda lagi....kalau minum kopi ngan biskut kat sini best ni....


Kerusi antik tu....mana nak dapat bilik besar dan cantik gega RM120 semalam tau...

Peralatan dalam hotel masih tak lengkap lagi....tv tak de lagi lah


Ada bath tube tu.....


Katil baru lah beb...belum ada orang rasmi lagi.....klasik....guna kayu jati tu

Weols makan kat gazebo yang ada kat chalet2 tu…..berlatar belakangkan tasik yang penuh ngan pokok teratai…Nasib baik lah bawa bekal…sebab restoren dan kedai makan kat dalam Wetlands masih belum beroperasi lagi.

Banyak gazebo kat sini...pilih lah mana satu yang suka....bermaharajalela nampak.... abeshuk siap ajak makan kat beranda chalet lagi...melampau tu....


Ni abah bawa Lip Lap makan kat depan hotel lah ni....Lip Lap yang tak puas hati....ajak makan kat hotel....


Jemput2...sila...makan apa yang ada....tak leh banyak songel....kat sini tak de tempat makan tau
Lepas makan gi semula kat kaunter pendaftaran untuk tengok ular albino….tapi buat sementara ni ular tersebut tengah salin kulit…so di simpan ditempat lain….kata makcik kat situ ular tu kena letak tempat lain sebab masa dia salin kulit dia gak sensitif dan suka mematuk …walaupun tak de bisa tapi sakit gak kalau dia dia batuk…gaya makcik tu citer macam dah kena patuk je….kah…kah…


Den siap buat temuramah eksklusif lagi ngan staf kat kaunter pertanyaan.....banyak maklumat dapat tu...


Oh pocot...baru nampak ular dalam gambar pun dah terperanjat.....


Lip Lap tengah cari ular albino dalam balang tu....jumpa ke....


Last sekali weols tengok kolam tempat memancing…free aje memancing kat sini….kalau dapat ikan boleh bawa balik tapi kena maklumkan lah dulu…ari tu ada orang dapat ikan 9 kilo…..dan den dengar dalam kolam tu ada ikan arapaima….seekor ikan arapaima pernah dimasukkan dalam kolam tersebut pada masa pengurusan lama dulu.... tapi sampai sekarang tak de lagi orang dapat tangkap.

Kat bawah tu tempat orang memancing...nampaknya macam ada sarang bela ikan tu.....malas lak nak turun tengok


So sapa2 yang memancing kat sini kalau dapat ikan arapaima...kena pulangkan tau...tu hak kerajaan Malaysia tau....
So balik aje dari Wetlands terus ke pekan Banting cari hotel….den dengan Lip Lap lepak kat hotel sementara abeshuk gi cari masjid untuk sembahyang jumaat. Punye lah lama gi sembahyang rupa2nya sembahyang kat Masjid Kg Kachong Darat Morib…fuh…jauh tu…jalan2 sambil beribadah yo…..abeshuk kata masjid yang dekat ngan hotel tu susah nak cari u turn....apa2 je lah janji selamat.

Aktiviti wajib bila mula2 masuk mana2 bilik hotel....test spring katil......tak pe lah...jangan diamalkan kat rumah udah le....patah katil ibu nanti



Weols ambik bilik deluxe kat Hotel City....ok lah selesa gak....hotel ni pun jumpa masa dalam pekan Banting...


Gaya seorang kanak2 yang sangat shuke dok kat hotel....