Friday, June 18, 2010

Lawatan Ke Perlis

Sepanjang 11-13 Jun yang lepas, jabatan den buat lawatan hari keluarga ke Perlis. Tak semualah dapat pergi tapi bila dicampur tolak dengan ahli keluarga adalah dalam 34 orang....kira ok lah muat2 untuk naik satu bas.

Bertolak dari PD pukul 9 pg dan sampai lebih kurang pukul 8 malam. Den tak join naik bas....weols bawa kereta sendiri....sampai diPerlis baru weols join naik bas. Weols pot di apartment di PTSS...gega RM160...dapat diskaun 30%.....so satu apartment RM112....so satu apartment weols share untuk 2 family.

Sampai di PTSS weols terus makan malam di Kg Bongor Kudong....kampung abeshuk....alang2 depa dah sampai sana abeshuk ajak lah datang makan dirumah......makan masakan kampung orang Perlis......dan laksa.....alhamdulliah majlis berjalan lancar.....cam mana sedap tak.....



Suasana dalam bas yang hiruk pikuk dengan suara kanak2....yang tak reti dok diam.....


Member2 den yang sedang menikmati laksa.......makan jangan tak makan


Ketua Jabatan den pun datang oo......

Hidangan malam tu yang sangat banyak kerana mak mertua den tak reti nak budget makanan....ada sambal belacan, gulai daging,ulam, ikan pekasan, ikan keli goreng, kerabu mangga, kari ikan, ikan pelengat dan sayur keladi kegemaran den.......


Lepas makan weols buat sikit upacara format....bagi sumbangan pada tuan rumah dan sedikit cenderahati untuk JKK Kg Bongor Kudung.....kira2 aktiviti kemasyarakatan lah tu.....

Lip Lap disamping rakan2 seperjuangannya......dari kanan Didi, Syahmi, Amar dan Nia

Suasana sebelum majlis......macam kenduri ko.....abeshuk suruh masak sikit sajok tetapi ibu mertua ku tidak boleh masak sikit....takut tak cukup.....

No comments: