Monday, June 7, 2010

Kenduri Kendara

Weekend ni den berkesempatan balik kg untuk menghadiri kenduri kahwin anak buah sepupu sepapat den…..syok gak dapat makan masakan kenduri kahwin di tempat sendiri. Hari ahad tu den dimaklumkan kek kampong den tu ada 7 kenduri kahwin…..mak oi banyaknya. Cam mano jadi cam tu ek….dulu masa zaman2 den nak kahwin dulu…kena cepat2 booking….kalau boleh dalam satu kampong tu ada 2/3 kenduri kahwin yo ……kalau lambat booking cari lah hari lain……tapi sekarang ni dah tak kesah kot…..tapi bahananya tetamu lah….dilema ko nak pergi yang mana……kalau sedara dokek2 tu memang lah kena pergi….kalau saudara jauh tu……kena fikir gak nak gi ke tak……tapi kalau saudara jauhhhhh sayup tu….tak yahlah gi…..ha..ha….


Bila dah banyak sangat kenduri kahwin ni……kehadiran tetamu pun berkurang….makanan pun memang berlebih2an……paling banyak yang boleh telan pun 2 rumah je lah kan……rumah2 lain tu kalau pergi gak sekadar touch n go je lah……..den raso lah kena buat macam zaman den dulu….ketua kampong @ sidang kek kampong tu kena main peranan….totapkan maksima 2 or 3 buah rumah je leh buat kenduri dalam satu kampong……bukan apa….bagi kesejahteraan penduduk kampong gak…..tak gitu….


Abeshuk dan Lip Lap selepas makan.....berpeluh2 tu...

Lepas makan melepak atas belebas kat tepi rumah pengantin.....tersadai gitu....nanti kalau nak buat rumah kena buatstyle cam ni.....

Kami sekeluarga tengah melihat pengantin beraksi.....


Pengantin tengah beraksi depan kamera....kena buat pelbagai gaya......



Lip Lap yang membawa diri ngan uncang hadiah yang dia dapat.....


Anak buah den dengan gaya rambut baru......


No comments: