Sunday, May 23, 2010

Lempeng Pisang

Sudah agak lama den tak tempek pasal masakan kat blog den kan. Maklumlah masak2 je hidang lepas tu datangkan mengelupor je menghadap makanan. Lagi pun dah lama tak masak masakan tradisi ni.....semua masakan moden....iyelahtu....

Petang ni den mencuba satu masakan tradisi yang nampak senang tapi bila buat sendiri tak tau lah jadi ke tidak.....mesti orang gelakkan kalau buat lempeng pun tak jadi kan....nak gelakkan orang konon....buat pun tak tentu lagi jadi.....

Oleh kerana kat rumah den ada pisang yang dah boleh dikategorikan sesuai untuk buat kodok....maksudnya pisang yang dah tak sesuai di hidang pada orang lah.....maka sesuailah untuk den buat eksperimen ni......Resepi biasa je....tepung, pisang yang dah dilecek, gula dan garam.......ada orang letak kelapa.......Gaul kan kasi sebati lepas tu kasi gorenglah dalam kuali....minyak letak ala manja2 je....Goreng....balikkan ....dan dah boleh soru.......


Tempek atas kuali........biar yang bawah tu masak......part paling mencabar bila nak balikkan lempeng ni .....kat sini lah perlunya skill kalau tak ......faham2 je lah.....


Alhamdullilah berjaya diterbalikkan dengan cemerlang.....walaupun agak hangus sket.....tang yang hangus tu janganlah tengok.....

Tara....dah siap lempeng pisang.....yang sedap pada tekak den.......cukuplah sekeping.....kerana hanya den saja yang makan.......Lip Lap dan abeshuk tak adonya berselero kat lempeng pisang ni......



No comments: