Tuesday, January 11, 2011

Dia pergi jua.....

Wah...wah.....tajuk entry ala2 tajuk novel.....he...he....tak berkesempatan tulis novel....dapat tulis tajuk novel tu dah kira ok apa.....Akhirnya sampai lah juga masa yang KJ den tunggu2....selama ni menghitung hari je menunggu masa nak bersara awal......makanya esok adalah hari yang ditunggu2........

Asalnya weols nak buat majlis ni lewat lagi tapi......oleh kerana KJ den cuti awal dan terus bersara.....nak tak nak majlis perlu dipercepatkan ....dalam masa beberapa hari je den & The Group rancang......cuba ko bayangkan....meeting hari khamis.......hari selasa dah buat majlis......nasib baiklah Penasihat2 Kelab Perdagangan dan member2 yang dilantik sebagai AJK Induk banyak membantu......so taklah berat sangat tugas den....pantau2 je.....agih2 kerja......alhamdulliah semua memberi kerjasama walaupun masing2 busy katak.....

Pada paginya weols adakan Perhimpunan dengan Pelajar dan seterusnya buat Majlis Persaraan dengan student.....dan petang ni weols buat high tea di Pusat Sumber......ambil katering yang boleh buat hidangan dan suasana ala2 hotel.......sebab mulanya nak buat kat hotel tapi den kurang setuju sikit......sebabnya kalau dah start buat kat hotel.....maknanya lepas2 ni pun nak kena buat kat hotel......buang duit aje......buat kat dalam ok apa....kan...kan.....

Apa2 pun esok ada sehari lagi KJ den bertugas.....weols tak dapat buat esok sebab esok ada Mesyuarat Pengurusan dan bagi laluan pulak kepada pihak pengurusan membuat majlis untuk KJ den.....

So kemuncak majlis hari ni adalah riuh rendah bergambar sakan......dan esok dan janji nak pakai baju batik Jabatan sebab sekali lagi weols akan bergambar buat kali terakhir dengan KJ bertempat di Punch Card.......layannnnnnnn.

Acara potong pulut kuning semasa majlis dengan pelajar......pagi pun potong pulut kuning....petang pun ada segmen potong pulut kuning......malam ni ramai lah lecturer kembung perut.......esok jangan tak datang pulak tau.....


Penyampaian hadiah dari Kelab Perdagangan.....wah...wah kumpul hadiah lah nampaknya ye.....

Tempahan meja untuk 60 orang tetamu.......sewa skirting adalah RM28 untuk satu meja......


Dibalik tabir.....last minute backdrop......sempat lagi tau......siap berseliput buat.....ala pakar katakan......

Ko tangkap gambar aku....aku tangkap gambar ko.....adil kan....

Masing2 duduk ikut keselesaan dan group masing2......ada group kah....

Mana yang duduk....duduk.....mana yang nak tolong.......tolong aje mana yang perlu.....

Antara agendanya adalah penyampaian cenderamata........banyak pulak hadiah nak diagih2kan.....berpeluh Cik Wan cari hadiah......tak pe...tak pe.... exercise.......

Barisan VIP yang dijemput....seorang je yang tak datang.....En Charim....

Lepas makan time....weols satu jabatan pulak nak bergambar.......

Ko ingat senang nak susun orang dewasa ni......bukan mudah cik.....tapi akhirnya tersusun jugak...

Masing2....tengah memberi tumpuan pada camera godang......dalam hati masing2.....biarlah aku nampak cantik molek.....

Dan akhirnya gambar gegar den dan abeshuk....sempat juga weols bersanding dalam majlis tu....


No comments: