Seingat den setiap kali konvo ada saja cerita disebalik tabir......macam2 cerita ketidakpuasan pihak ini...pihak itu.....ibu bapa tak dapat masuk dewan.....graduan tak dapat kupon lah.....macam2 disamping cerita2 kegembiraanlah......tetapi itu semua datang dan pergi dan kembali.....berulang dengan jalan cerita yang berbeza....ha....ha.....Kali ini mungkin berbeza dengan tahun2 sebelumnya kerana julung2 kalinya konvokesyen di buat khas mengikut Jabatan...5 hari ko....ini kira testing untuk melihat ok ke tak ok untuk diteruskan pada tahun2 depan.....so far kelas den berjalan lancar kecuali satu kelas je tak dapat on sebab bilik kelas di Blok A tu digunakan untuk urusan konvo….tetapi student tetap kena buat kerja lain….
Seperti biasa konvo dimulakan dengan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), JKE, JKM dan JP.....katanya mengikut abjab.....betul ke.......nasib lah orang Jabatan Perdagangan lassssst sekali.......kalau nak awal ....ubah nama jadi Jabatan Auw ke.....dapat lah konvo awal....Kalau dilihat dari % kedatangan graduan ke konvo….Jabatan Perdagangan mencatatkan peratusan tertinggi ko….85.5% graduan akan datang konvo berbanding dengan jabatan lain hanya 65-78% sahaja graduan yang akan datang konvo……Kenapa ye student perdagangan rajin datang konvo……mungkin sebab ramai perempuan kot……iye ke……
Hari pertama raptai amat mencabar……gara2 raptai yang lambat bermula dan lewat habis mengakibatkan petugas jubah dan den sendiri kena buat overtime pulak……hampir pukul 6 petang barulah raptai nak selesai…..malas den komen hal2 ini tetapi yang pastinya den habis kerja dalam pukul 8 lebih ko…..letih betul…..Nasib baik hari ini…..hari ke2 dan ke 3 ada penambahbaikan……raptai selesai mengikut jadual…..pukul 5 dah selesai…..so dalam pukul 6.30 semua pihak2 yang terlibat dah boleh pulang……..
Alhamdullilah semakin hari majlis konvo semakin lancar…..walaupun banyak jugak cerita disebalik tabir ….di hari raptai dan hari konvo JKA……rasanya tak perlulah den cerita kisah pensyarah menangis kena marah dengan ibu bapa……kisah rempuhan dan kesesakan semasa mengambil jubah……kisah graduan pembawa kad merah yang tidak hadir ……kisah kupon alumni…..dan 1001 cerita lagi …..kerana ia akan datang dan pergi…..kerana itulah pengalaman bagi setiap graduan yang hadir ke konvokesyen…….macam2....
Graduan JKA yang memakai jubah baru.......bau kedai lagi tu....
Berbulu2 kedai tangkap gambar dan kedai bunga.....confius nak tengok yang mana satu....banyak sangat....
Ramainya graduan tengah mendaftar......untuk acara raptai....
Kereta lecturer yang parking di sekitar kawasan pendaftaran pelajar....dijadikan meja tulis ko....
Berbulu2 kedai tangkap gambar dan kedai bunga.....confius nak tengok yang mana satu....banyak sangat....
Ramainya graduan tengah mendaftar......untuk acara raptai....
Kereta lecturer yang parking di sekitar kawasan pendaftaran pelajar....dijadikan meja tulis ko....
Apa2 pun cerita pasal konvo tak selesai lagi ye......sebabnya esok adalah giliran graduan Jabatan den pulak untuk raptai....dan pada hari Jumaat ni adalah hari konvo Jabatan den....tunggu...
No comments:
Post a Comment