Sunday, December 27, 2009

Kenduri Kahwin

Bulan disember ni memang ramai orang buat kerja kahwin kan.........kali ni den berkesempatan ke majlis perkahwinan anak Pengarah tempat den kerja......ala orang dah jemput pergi je lah.....lagi pun buat kat dewan PPD. Actually ari tu pun ada majlis perkawinan anak sepupu den.....so den ni tanpa tengok kad jemputan....dalam kul 11 lebih dah sampai.......tengok2 sunyi je tak de orang lagi pun.....tapi pengarah dah ada dan dah nampak pulak weols masa dia turun kereta......weols dah agak malu nak gi....iye lah dah tak orang lagi.......bila den tengok dia punye banner kat tiang depan dewan tu....alamak start kul 12.00 tgh lah......isey man.....nape lah start lambat ni......

Tiba2 disebalik tiang tu.....pengarah den boleh terpancul....wei meih lah jemput masuk...apa pulak malu2 ni......hmmm mana dia tahu ah weols malu......so ari tu....weols jadi tetamu pertama ko....malu gak lah tapi tak kan nak dok kat luar je kan....lagi pun makanan dah sedia.....so weols lah perasminya.....lepas je weols masuk.....entah dari mana entah.....terus dewan jadi ramai orang.....den rasa lah ramai orang dah datang tapi segan nak masuk........ehmmm....

Selesai aje makan weols terus balik melaka untuk kemajlis perkahwinan anak sepupu den.....dalam perjalanan dari PD ke Tanjung Bidara.....adalah dalam 8 majlis perkahwinan sepanjang perjalaan den......fuh ramainya betul orang kahwin kan........

Ekceli den tercari2 menu perkahwinan dulu2 yang simple dan lazat....lama dah tak jumpa dalam majlis kenduri kahwin sekarang...kalau menu sama pun rasa dah larilah.......menu apa hah......gulai daging + kentang, sambal kupang or sambal tumis ikan bilis ngan petai, acar berempah timun dan ikan masin.....sapa2 yang buat kenduri kahwin yang serve menu macam tu......jangan lupa jemput den ek.......

Anyway kepada semua orang yang berkahwin....Selamat Pengantin Baru semoga ikatan perkahwinan kekal sehingga akhir hayat...........


Tn Hj Khairi dan isteri yang tunggu kat depan dewan......sedondon u.....menunggu para tetamu datang....


Tempat makan.....ada 2 point disediakan......ada enam jenis lauk kalau tak silap den.....ehm apa lagi.....masa tu kenyang lagi....makan ambik syarat je......

Senang kan buat macam ni......tak penat dan rumah tak effect apa2....habis majlis boleh balik tido.....sedia ongkos je.......

Berkesempatan jugak bertemu member2 lama yang dah berhijrah kerja di tempat lain.....



Ni pulak kat kg den......kelihatan kaum kerabat den tengah dok bawah pokok nak menengok orang berkompang........


Budak yang kecik yang selalu nak ikut den balik......dah kahwin.......sekejapnya masa berlalu.....tinggi nya dia.........

Lip Lap yang macam budak baru beranak......kehulu kehilir di dokong maklangnya......ambik kesempatan nampak....

Lip Lap yang betul2 mengambik kesempatan terhadap maklang dia yang dah lama tak ada anak kecik......

No comments: