Monday, February 7, 2011

Nak ajak kawan2 ke rumah....

Hari jadi Lip Lap tahun ni jatuh pada hari Ahad......memang strategik untuk buat majlis tetapi majlis sebenar2nya akan dibuat di kampung den minggu depan.....minggu ini adalah tidak sesuai kerana tak cukup korum. Orang ramai yang balik kampung da...

Walaubagaimana pun Lip Lap minta juga den buat majlis harijadi kecik sebab nak ajak 4 5 orang kawan2 kat sekitar rumah.......member main time petang2.....member2 kat sekolah dan cikgu2 Lip Lap bagi coklat2 yang dibeli di Langkawi. Oleh kerana hari ahad den balik Melaka untuk jenguk mak den dan bila petang tu tengok member2 Lip Lap masih ramai lagi yang tak balik dari kampung.....so den janji nak buat esoknya pada hari Isnin.

So pada petang Isnin tu......balik aje dari kerja.....terlari2 lah goreng keropok.....goreng nugget....goreng mee...buat air....alhamdulliah sempat jugaklah sediakan semua benda tu sebelum 6.15 petang. So kiranya majlis budak2 lah kan......makan2 gelak2.....gelak2 makan2.....

Ini adalah cheese cake yang den beli mudian den modified deco dengan coklat buatan sendiri.....dah malas nak makan kek krim

Coklat oreo ni pun den sempat buat belah malam sebelum tido.....macam2 gambar den buat....member2 Lip Lap syok makan coklat ni.....budak2lah katakan.....


Lip Lap membacakan doa makan......lepas baca doa.....jemput makan kawan2....

Sebelum makan apa lagi nyanyi lagu Happy Birthdaylah.....Lip Lap boleh cakap....kuat lagi...kuat lagi.....apalah suka orang nyanyi Happy Birthday kuat2......

2 comments:

Ahliacikgukhairul said...

nak jadi kawan LipLap la.. hehehe.. dapnya coklat tu.. Hepi Besday Lip Lap!

Bidarabiru said...

boleh tak jadi masaalah....jadi kawan ibu dia pun boleh makan coklat apa....bagitau aje....