Thursday, August 26, 2010

Lega Bebenor....

Lega bebenor rasanya…..saat lepas kena validasi…..oleh kerana den kena pada hari2 terakhir….itu satu benda yang den tak beberapa gemar…..den lebih suka kena awal2 sebenarnya…..tapi hakikatnya kena awal ke kena last ke ada pro and cons dia…..

Keadaan lebih kritikal satu hari sebelum kena validasi……sebelum tu ok je….rasa macam dah bersedia….bila semakin dekat boleh pulak rasa tak bersedia….tambah2 pulak macam2 cerita yang menakutkan……ada yang kena validasi sampai 2 jam…..lepas tu kena pulak buat kajian kesan impak pada projek inovasi dialah…..kena tanya pasal employability….pergh…….tu yang den gerun tu….

Kalau ikutkan jadual den dan abeshuk kena pada hari yang sama….ari khamis….abeshuk kena pagi den kena petang…..abeshuk masuk Kumpulan 1…..majoriti semua orang commerce kena group tu….den aje sorang2 tersasar dalam kumpulan mekanikal…..kumpulan 2…..mula2 den hanya risaukan validasi aje…..tapi mudiannya pencerapan pun den risau….dah lah tempat cerapan ditukar ke Bilik Seminar di JKM…ala kat Pentagon tu…..risau betul takut2 student den tak jumpa bilik tu…..hakikatnya memang suspen betul….dah dekat kul 2.05 ptg….hanya 17 orang aje yang sampai….yang lain on the way…..tapi akhirnya sampai juga tepat pada masa…..kesian betul tengok bebudak tu tercungap2…..tu semua gara2 para pencerap tu penat nak ke hulu ke hilir….so depa tukar schedule tempat…..semua kena buat kat JKM…..hmmmm

So kat sini den nak share lah pengalaman den dan member2 den yang telah terlibat dengan pencerapan dan validasi…….manalah tau semua ni boleh jadi kan panduan untuk member2 lain yang dah boring dengan gred sediada. Okey first2 den start dengan pencerapan ye…..

Pencerapan ni maknanya penilai akan tengok kita mengajar student kita…. kita akan ikut jadual yang telah diberi……maybe depa dah tengok jadual kita dulu dan decide waktu yang sesuai…..tapi kalau nak tukar time masih leh nego rasanya…..masa awal2 kena kautime dengan ULP.
Perkara pertama yang ko perlu buat adalah P&P kena tally dengan RMS…..RMS kena update gitu….markah…tarikh perlaksanaan , penilaian yang telah disahkan, skema jangan lupa…..
Ko kena sediakan lesson plan untuk pengajaran untuk jangka masa 30 minit. Tau kan lesson plan tu apa.....ala kita punya RMS tak gitu detail kan....tapi lesson plan ni lebih detail.....eg....Set Induksi (4 minit).....Penerangan (7 minit)...... maknanya apa yang ko nak ajar tu kena detail masanya…..sehingga minit terakhir.

Masa nak mengajar tu serahkanlah RMS ngan lesson plan tu…..
Student pun tak perlu ramai…..20 orang dah memadai……ekceli tengok tempatlah kalau tempat luas ko bawa satu kelas pun tak pe….tapi bila lepas kelas ko diminta pilih 20 orang aje untuk diberi questionnaire.

Untuk validasi pulak ko bawalah segala mak nenek dokumen2 yang ko ada….dari sijil, surat, kajian dan sebagainya…..kalau ko kena validasi dekat2 ngan tempat ko ta pelah boleh keluar ambik benda yang diminta….tapi macam den ni kena kat nun jauh kat Pentagon…..memang kena bersiap bawa barang2 dengan detail sikit…..kalau ada tertinggal…jenuh pulak sampai nak kena start engine kereta ….Mula2 den cerita apa yang depa tanya den dulu ye…Den kena dengan Pn Wan Atiyah dan Pn Salina…..sorang tu den kenal lah pulak….dia pernah lead sekejap Tracer Study….sebenarnya dalam validasi ni penilai nak tengok kita ni menonjolkan diri…..so kalau boleh ko masuk bakul lah ko angkat lah sendiri……kalau member2 dengar boleh muntah hijau….ha…ha….

1. Mula2 den ditanya tempoh perkhidmatan.


2. Lepas tu depa banyak spend masa pada dokumen inovasi den......apa impak hasil dari inovasi yang den buat......so den pun tunjuklah analisa sebelum penggunaan inovasi den tu dengan analisa selepas.....tunjukkan peningkatan % gred pelajar....so diterima penjelasannya......So selepas ni kalau uols ada buat inovasi make sure uols kena ada buat analisa kesan inovasi yang uols create tu....impaknya bukan sahaja dari analisa peningkatan pencapaian....kalau boleh analisa dari segi kemudahan kepada pelajar.....masa....kos ke apa ke.....kesan impak sangat penting...nampaknya kena buat soalselidik dan analisiilah.......sapa tak buat kena buat ok.....sebab masa agak lama di spend kat sini....


3. Lepas tu kajian den di tanya......apa lagi den pun ceritalah.....hasil, kesan dia, apa tindakan yang telah dibuat.....kat sini ko kena taulah apa yang ko buat......jangan lupa masukkan slaid pembentangan, jadual pembentang dan buku program pembentangan tu......


4. Lepas tu penilai tanya pasal projek pelajar…..yang ni kalau uols ada jadi penyelia tunjukkan projek pelajar yang telah diselia…..hah bagi yang latest lah ye jangan jadi macam member den….dia hantar projek pelajar tahun 2001...kena reject tu....so dia kena hantar projek pelajar semula bersama2 dengan kesan impak dari projek pelajar tu......Kat laporan projek ni uols jangan lupa bawa Carta Gantt projek ye....majority orang yang menyelia dia mintak.....nasib baik semua ni dah den siap sedia....dia minta aje.....den terus bagi....Lepas tu dia tanya status projek tu sekarang.....produk inovasi tu terkubur ke....ko kelentong le apa yang patut.....apa yang den nampak masa validasi ni ko kena pandai bercakap.....dan control situasi.......kalau boleh uols yang kawal keadaan ye...


5. Lepas tu penilai tanya den tentang pendapat den tentang pengajaran yang berasaskan Student Centered......nyum...nyum...


6. Penilai juga menanyakan den tentang tugas2 den sebagai KP dan tentang perkongsian ilmu yang telah dibuat serta empolyability of PPD student. Lepas ni kalau uols ada sampaikan apa2 knowledge pada member2......mesti kena simpan bukti.....depa nak tengok tu.....
That all.....yariba...yariba selesai......merdeka...merdeka.....lega bebenor....

So kat bawa ni adalah beberapa soalan yang dikumpulkan oleh hasil kajian den dengan member2 den.....berdasarkan 4 hari validasi.....kesimpulannya....soalan berbeza2 ok....tengok nasiblah ye.....so antara soalan yang ditanya:

1. Perkenalkan diri anda.
2. Sepanjang anda bertugas selama X tahun apakah tugas ketua yang telah anda pegang.
3. Adakah poly anda telah bersedia untuk menjadi Poli primer?
4. Sejauh mana tranformasi poly anda.
5. Terangkan pelan strategik PPD.
6. Apakah kalaborasi yang telah dilakukan oleh PPD
7. Pelajar yang telah menjalani LI dengan industri, bagaimana dengan employability pelajar tersebut. Adakah kajian impak pernah dibuat.....ini soalan untuk orang LI.
8. Ada pendapat menyatakan pensyarah sekarang kurang pengetahuan semasa menyebabkan pelajar kurang mendapat pengetahuan baru....apa pendapat anda.
9.Apakah yang anda tidak suka di poly ini...ni sorang perangkap uols...
10.Apakah cabaran sebagai seorang pensyarah, ketua......
11.Bagaimana anda menangani masalah rakan anda yang mengamuk ditempat kerja.

12. Adakah anda pernah berkongsi ilmu pengetahuan yang anda perolehi semasa menghadiri kursus atau sebagainya....tunjukkan bukti......so lepas ni apa2 sahaja yang dibuat perlu ada bukti ye....

13. Kalau anda menjadi ketua bagaimana anda menangani masalah staf bawahan anda.....

Ehmm....banyak lagi ni tapi den dah tak ingat.......ok lah nanti kalau den ingat balik bolehlah den tambah lagi.....satu lagi tips....kalau boleh semua dokumen yang uols hantar tu buatlah satu copy untuk panduan uols nanti bila nak divalidasi ye......

Wajah abeshuk sebaik sahaja selesai proses validasi pada pukul 10pg......divalidasi hampir 1 jam....den dengan setianya menunggu diluar....untuk tujuan backup apa2....dan yang pentingnya untuk memberikan sokongan padu....petang pulak abeshuk beri sokongan pada den.......thanks a lot .....


Selambak dokumen2 yang abeshuk bawa.....

5 comments:

fa_syah said...

congrate kak.. harap2 semua berjalan lancar.. naik pagkat hehe alhamdulilah boleh belanja kami.. and tq sbb sudi berkongsi pengalaman utk kami budak baru belajar ni.. :)

Bidarabiru said...

tak de hal....memang nak share pun....nilah satu bentuk perkongsian ilmu....

fa_syah said...

perkongsian ilmu tu boleh masukkan dalam validasi he he bagus2..

fa_syah said...

perkongsian ilmu tu boleh masukkan dalam validasi he he bagus2..

pkksabah said...

Mk oii..banyak benor soklannya. Alhamdulillah saya pun dah selesai. Anyway desas-desus kat Poli lain ade penilai yg fussy sikit..komen teruk cara pensyarah mengajar. Last2 pensyarah tu jawab " dulu kat poli cik la lecturer saya" terkedu penilai.(tak tau la dia kaget sebab dia tu dulu mengajar terok kot or else).