Tuesday, August 31, 2010
Happy Merdeka
Yang bestnya kali ni merdeka jatuh pada hari Selasa....so dapatlah cuti....kalau jatuh hari senin atau jumaat lagi cantik.....cuti panjang sikit.......so bila hari merdeka ni banyaklah cerita2 drama pasal merdeka yang dihidangkan pada kita.....sedikit sebanyak terasalah juga perasaan orang yang memperjuangkan negara kita untuk mendapat kemerdekaan dulu....... terasalah juga pergorbanannya walaupun banyak terlelap dari terjaga......apa2 pun den berharaplah dunia kita merdeka dari semua jenayah yang makin mencanak2 sekarang ni....naik ngeri nak tengok berita sekarang ni.......tak gitu....
Merdeka dari perspektif Lip Lap......abang apa maknanya merdeka ye........Merdeka tu maknanya bila sorang cakap MERDEKA.....orang lain kena ikut....... hik...hik ....MERDEKA...MERDEKA......ikut...ikut......
Monday, August 30, 2010
Baju Dalam Lelaki.....
Ni semua adalah ayat2 Lip Lap lah....sebelum den beli baju raya dia den tanyalah......abang nak baju raya tahun ni yang macam mana.....sepontan je dia cakap.....dia nak pakai baju dalam lelaki.....wakawakaka.....lawak2.....abeshuk pun tak pakai baju dalam lelaki....dia pulak beria2 nak baju dalam lelaki.....siasat punya siasat.....siap bawa ke tempat kejadian lagi........ohhh inilah dia baju dalam lelaki yang anak bujang den nak tu.......
^
^
^
Ini lah rupanya baju dalam lelaki yang Lip Lap hendak tu.....tshirt yang sekali dengan vest......ha...ha..ha....sampai hari ibu tak jumpa lagi lah baju dalam lelaki ni.....wei sapa ada jumpa kat mana ada jual baju dalam lelaki ni.....bagitau den.......nak penuhkan hajat orang.....ari tu dah jumpa tapi tak de saiz lah pulak.....cish
Friday, August 27, 2010
Perhimpunan Paling Lama
Perhimpunan kali ini anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik......jabatan yang agak komit bila menganjur acara2.......hiasan dewan simple tapi mewakili semua peristiwa....hari raya.......merdeka dan nuzul al Quran. Lama bebenor rasanya perhimpunan kali ni.....mahu juga terlelap sekali sekala kalau tak mengenangkan jurufoto PPD yang agak aktif tu...kejap2 bangun tangkap gambar.....kejap2 tangkap gambar.....dah lama dengkur2 manja.......
Ada deklamasi sajak merdeka....yang sepatutnya berbentuk patrotik....tapi jadi macam lawak pulak......yang paling meruntun jiwa adalah taklimat tentang Akta 174.......tayangan video yang banyak......perkenal auditor yang akan buat audit pada minggu depan.....penyampaian hadiah birthday.....semua tu menyebabkan buat julung2 kalinya Pengarah....berucap pendek.....dan acara berakhir dengan selawat keatas nabi.....habis tepat kul 5.00 petang.....
Thursday, August 26, 2010
Lega Bebenor....
Keadaan lebih kritikal satu hari sebelum kena validasi……sebelum tu ok je….rasa macam dah bersedia….bila semakin dekat boleh pulak rasa tak bersedia….tambah2 pulak macam2 cerita yang menakutkan……ada yang kena validasi sampai 2 jam…..lepas tu kena pulak buat kajian kesan impak pada projek inovasi dialah…..kena tanya pasal employability….pergh…….tu yang den gerun tu….
Kalau ikutkan jadual den dan abeshuk kena pada hari yang sama….ari khamis….abeshuk kena pagi den kena petang…..abeshuk masuk Kumpulan 1…..majoriti semua orang commerce kena group tu….den aje sorang2 tersasar dalam kumpulan mekanikal…..kumpulan 2…..mula2 den hanya risaukan validasi aje…..tapi mudiannya pencerapan pun den risau….dah lah tempat cerapan ditukar ke Bilik Seminar di JKM…ala kat Pentagon tu…..risau betul takut2 student den tak jumpa bilik tu…..hakikatnya memang suspen betul….dah dekat kul 2.05 ptg….hanya 17 orang aje yang sampai….yang lain on the way…..tapi akhirnya sampai juga tepat pada masa…..kesian betul tengok bebudak tu tercungap2…..tu semua gara2 para pencerap tu penat nak ke hulu ke hilir….so depa tukar schedule tempat…..semua kena buat kat JKM…..hmmmm
So kat sini den nak share lah pengalaman den dan member2 den yang telah terlibat dengan pencerapan dan validasi…….manalah tau semua ni boleh jadi kan panduan untuk member2 lain yang dah boring dengan gred sediada. Okey first2 den start dengan pencerapan ye…..
Pencerapan ni maknanya penilai akan tengok kita mengajar student kita…. kita akan ikut jadual yang telah diberi……maybe depa dah tengok jadual kita dulu dan decide waktu yang sesuai…..tapi kalau nak tukar time masih leh nego rasanya…..masa awal2 kena kautime dengan ULP.
Ko kena sediakan lesson plan untuk pengajaran untuk jangka masa 30 minit. Tau kan lesson plan tu apa.....ala kita punya RMS tak gitu detail kan....tapi lesson plan ni lebih detail.....eg....Set Induksi (4 minit).....Penerangan (7 minit)...... maknanya apa yang ko nak ajar tu kena detail masanya…..sehingga minit terakhir.
Masa nak mengajar tu serahkanlah RMS ngan lesson plan tu…..
Student pun tak perlu ramai…..20 orang dah memadai……ekceli tengok tempatlah kalau tempat luas ko bawa satu kelas pun tak pe….tapi bila lepas kelas ko diminta pilih 20 orang aje untuk diberi questionnaire.
Untuk validasi pulak ko bawalah segala mak nenek dokumen2 yang ko ada….dari sijil, surat, kajian dan sebagainya…..kalau ko kena validasi dekat2 ngan tempat ko ta pelah boleh keluar ambik benda yang diminta….tapi macam den ni kena kat nun jauh kat Pentagon…..memang kena bersiap bawa barang2 dengan detail sikit…..kalau ada tertinggal…jenuh pulak sampai nak kena start engine kereta ….Mula2 den cerita apa yang depa tanya den dulu ye…Den kena dengan Pn Wan Atiyah dan Pn Salina…..sorang tu den kenal lah pulak….dia pernah lead sekejap Tracer Study….sebenarnya dalam validasi ni penilai nak tengok kita ni menonjolkan diri…..so kalau boleh ko masuk bakul lah ko angkat lah sendiri……kalau member2 dengar boleh muntah hijau….ha…ha….
1. Mula2 den ditanya tempoh perkhidmatan.
2. Lepas tu depa banyak spend masa pada dokumen inovasi den......apa impak hasil dari inovasi yang den buat......so den pun tunjuklah analisa sebelum penggunaan inovasi den tu dengan analisa selepas.....tunjukkan peningkatan % gred pelajar....so diterima penjelasannya......So selepas ni kalau uols ada buat inovasi make sure uols kena ada buat analisa kesan inovasi yang uols create tu....impaknya bukan sahaja dari analisa peningkatan pencapaian....kalau boleh analisa dari segi kemudahan kepada pelajar.....masa....kos ke apa ke.....kesan impak sangat penting...nampaknya kena buat soalselidik dan analisiilah.......sapa tak buat kena buat ok.....sebab masa agak lama di spend kat sini....
3. Lepas tu kajian den di tanya......apa lagi den pun ceritalah.....hasil, kesan dia, apa tindakan yang telah dibuat.....kat sini ko kena taulah apa yang ko buat......jangan lupa masukkan slaid pembentangan, jadual pembentang dan buku program pembentangan tu......
4. Lepas tu penilai tanya pasal projek pelajar…..yang ni kalau uols ada jadi penyelia tunjukkan projek pelajar yang telah diselia…..hah bagi yang latest lah ye jangan jadi macam member den….dia hantar projek pelajar tahun 2001...kena reject tu....so dia kena hantar projek pelajar semula bersama2 dengan kesan impak dari projek pelajar tu......Kat laporan projek ni uols jangan lupa bawa Carta Gantt projek ye....majority orang yang menyelia dia mintak.....nasib baik semua ni dah den siap sedia....dia minta aje.....den terus bagi....Lepas tu dia tanya status projek tu sekarang.....produk inovasi tu terkubur ke....ko kelentong le apa yang patut.....apa yang den nampak masa validasi ni ko kena pandai bercakap.....dan control situasi.......kalau boleh uols yang kawal keadaan ye...
5. Lepas tu penilai tanya den tentang pendapat den tentang pengajaran yang berasaskan Student Centered......nyum...nyum...
6. Penilai juga menanyakan den tentang tugas2 den sebagai KP dan tentang perkongsian ilmu yang telah dibuat serta empolyability of PPD student. Lepas ni kalau uols ada sampaikan apa2 knowledge pada member2......mesti kena simpan bukti.....depa nak tengok tu.....
That all.....yariba...yariba selesai......merdeka...merdeka.....lega bebenor....
So kat bawa ni adalah beberapa soalan yang dikumpulkan oleh hasil kajian den dengan member2 den.....berdasarkan 4 hari validasi.....kesimpulannya....soalan berbeza2 ok....tengok nasiblah ye.....so antara soalan yang ditanya:
1. Perkenalkan diri anda.
2. Sepanjang anda bertugas selama X tahun apakah tugas ketua yang telah anda pegang.
3. Adakah poly anda telah bersedia untuk menjadi Poli primer?
4. Sejauh mana tranformasi poly anda.
5. Terangkan pelan strategik PPD.
6. Apakah kalaborasi yang telah dilakukan oleh PPD
7. Pelajar yang telah menjalani LI dengan industri, bagaimana dengan employability pelajar tersebut. Adakah kajian impak pernah dibuat.....ini soalan untuk orang LI.
8. Ada pendapat menyatakan pensyarah sekarang kurang pengetahuan semasa menyebabkan pelajar kurang mendapat pengetahuan baru....apa pendapat anda.
9.Apakah yang anda tidak suka di poly ini...ni sorang perangkap uols...
10.Apakah cabaran sebagai seorang pensyarah, ketua......
11.Bagaimana anda menangani masalah rakan anda yang mengamuk ditempat kerja.
12. Adakah anda pernah berkongsi ilmu pengetahuan yang anda perolehi semasa menghadiri kursus atau sebagainya....tunjukkan bukti......so lepas ni apa2 sahaja yang dibuat perlu ada bukti ye....
13. Kalau anda menjadi ketua bagaimana anda menangani masalah staf bawahan anda.....
Ehmm....banyak lagi ni tapi den dah tak ingat.......ok lah nanti kalau den ingat balik bolehlah den tambah lagi.....satu lagi tips....kalau boleh semua dokumen yang uols hantar tu buatlah satu copy untuk panduan uols nanti bila nak divalidasi ye......
Monday, August 23, 2010
Selera bulan ramadhan...
Lepas aje berbuka.......lepas sembahyang magrib terus try........sedap ke.......ala sedap lah jugak tapi kan...kan sedap lagi masak lemak cili api petai dengan ikan sepat masin den ari ni.......makan tambah berulang2 kali....berapa kali....ala malulah nak cakap........
Sunday, August 22, 2010
Saman di bulan ramadhan
Biasa le bila nampak polis je.....masing2 bergodoh gadah nak pakai tali pinggang........tapi weols relax je....dah biasa tempoh road block.....tapi yang den heran tu......cara polis tu tahan suruh ke tepi....ala2 kereta weols disuspek bawa benda2 salah pulak .....bertenaga betul cara polis tu suruh ke tepi.....siap minta lesen.......abeshuk pulak....mencari lesen pun mengambil masa yang lama pulak tu....wat suspen je.....Lepas dapat lesen ....siap tulis2 lagi.....tup2 dia kata weols kena saman kerana tak pakai tali pinggang.......helo cam mana dia tau hah......tak logik dia nampak....ekceli ringan aje mulut den nak menanya....tapi suara tak keluar pulak.....elok2 abeshuk aje kena saman....kang dengan den2 sekali pun kena.....senyap jelah....lepas tu den sentap sekejap......mempertikaikan kenapa abeshuk lalu situ.....sajeeeee........terus tak de mood....macam rasa nak konar balik je...
Bila kenangkan semula.....fikir positif je lah.....dah nak musim perayaan kan....mungkin ni salah satu usaha nak kurangkan kadar kemalangan........ingat ye tuan puan....bila bawa kereta jangan lupa pakai tali pinggang.....polis sekarang ni dia dah pakai kanta.........boleh nampak ooo...
Abeshuk cool aje....siap boleh senyum lagi......berapa kena bayar ni.......kalau encik bayar sebelum 14 Sept dapat diskaun RM80 aje....kalau lebih dari tarikh tu kena seratus lebih....so ingat2 lah lepas ni.....musim perayaan dah nak tiba kena berhati2 kena pakai tali pinggang ye masa naik kereta....
Cair di tekak.....
Sampai kat kampung dalam kul 6 suku....nasib baik lah tak datang sehelai sepinggang kan......so berbuka macam biasa je lah.....yang luar biasanya tuan rumah tak de lah......bila dah tak de tuan rumah tu bermakna den lah dah jadi tuan rumah....siap gi tangguk ikan keli lagi......abeshuk teringin nak makan ikan keli goreng.........sempat lagi goreng panas2......den masak nasi...pun sempat.....dan hari itu weols berbuka dengan menu kari ikan, ikan masak taucu, sambal ikan bilis campur kentang dan ikan keli.......masih berselera walaupun makan lauk sendiri....tapi makan kat rumah orang aja....wala.....
Walaupun bila den buka tudung saji rumah kakak den tak de apa tetapi ada satu benda yang menjentik selera den.....menitik air liur tengok mendeallah tu......iyelah dah lama tak jumpa.....dulu macam kecik2 dulu selalulah juga rasa.....tu pun jiran sebelah rumah den dulu selalu buat bila nak raya....ahhhh sedap betul kalau makan panas2....dan nampaknya selera den dan selera Lip Lap sama....dia pun suka apa yang den suke........hmmm terasa2 benda itu cair di tekak.....
Saturday, August 21, 2010
Penat Extra Large....
Apa-apa pun pejam celik...pejam celik.....suke betul den guna ayat pejam celik ni..... dah 11 hari kita selamat puasa ye.......dah 2 kali weekend lah kita tempoh kan.......kejap aje rasanye.......
Friday, August 13, 2010
Astro kata...
Semalam dalam pukul 7 dia dok mengadu haus….den suruh dia lelapkan tido dulu biar lupa tentang haus….sambil tu den jet lah dia….bagus betul abang ni….kalau abang puasa nanti abang dapat pahala…..nanti kalau banyak pahala boleh masuk syurga….blah blah…
Lepas aje azan magrib nanti abang boleh makan macam2…..abang boleh makan banyak2 tau…….ibu kita mana boleh makan banyak2 lah masa bulan puasa…..sapa cakap ni…..ASTRO kata…..hi…hi….betullah tu….
Thursday, August 12, 2010
Dugaan Puasa Pertama
Kenapa agaknya ye kocoh2 nak masak.....he...he....bukan apa.....abeshuk dah cakap pukul 6 sapa yang nak gi pasar ramadhan bersiap......tu yang semangat tu nak tengok apa yang orang jual kat pasar ramadhan. Tup tup tengah masak....boleh gas habis.....fuh punyalah banyak hari.....petang tu jugak ko nak habis gas oi.....cabaran betul.....nasib baik sambal tumis ikan dah masak.......sup ayam tengah mendidih .....ikan masin pun dah goreng....tinggal lagi sayur aje lagi.....nak tak nak kena juga lah gi beli gas kat kedai.....ko faham2 aje lah dah petang kan.....tukang gas tak de lah....gas dah habislah......last2 abehuk menggunakan tenaga ultra yang dia ada untuk hantar dan angkut gas balik......punyalah mencabar......tu pun button merah kat ultraman tu dah kelip2 dah...
Tapi walaubagaimana pun weols sempat lagi meninjau2 pasar ramadhan kat Taman den, pasar ramadhan kat Dataran Kemang sementara pasar ramadhan kat Teluk kemang hanya lalu sajok.....orang ramai sangat. Ada beli apa2 ke.....haram......beli air kelapa saja.......sekadar menengok sajok....tak salah kan...
Tuesday, August 10, 2010
Den mengambil kesempatan ini untuk mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca2 blog, rakan2, ahli keluarga dan semua yang mengenali diri den ni...... kalau ada terkasar bahasa, tingkahlaku dan susun ayat yang menyinggung mana2 pihak samada secara sengaja atau tidak. Maafkanlah hamba Allah yang lemah ini. Doakan semoga den dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh keimanan. Buangkan sifat2 kemalasan dan tanamkan cahaya keimanan yang kuat dalam diri den ni. Amin
Den juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semoga keatangan bulan mulia ini kita semua dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna dan diterima oleh Allah s.w.t.
Monday, August 9, 2010
Makan Petang...
So den ambik kesempatan nak share menu petang ni ......bukan share makana....share tengok aje.....sebab lepas ni adalah satu perbuatan keji jika pamerkan gambar2 makanan di bulan puasa.... Kan...kan...
Sunday, August 8, 2010
Perasaan seorang wanita....
2 3 hari yang lepas den buat kuih apam......ikut resepi mak mertua den..........bukan apa kuih apam mertua den tu memang mavelos.....buat guna tapai nasi.....tapi kan bila den buat......aisyemen.....fail lah....kurang naik....rasa dah ok tapi alahai tak berapa nak naik....lepas tu yang buat kan den stress tu.....Lip Lap sibuk nak bawa bekal kuih apam yang tak naik tu.....nak bawa kat teacher dia....."ibu teacher abang suka kuih apam lah...esok abang nak bawa bekal ye". Terpaksalah den beri berbagai alasan.....yang pastinya alasan tersebut menganggu gugat kredibiliti den di depan mata Lip Lap......he..he....iyelah den dah bagi alasan kuih tu sikit aje.....tak cukup untuk kita......blah2....tak mahu terima......bila den kata kuih ibu tak jadi....baru boleh terima hakikat......malu ooo.....he..he...tak pe...tak pe nanti den cuba lagi sampai berjaya...
Last2 buat je kuih karipap....walaupun buka kesukaan abeshuk tapi buat aje banyak2 simpan dalam peti ais.....bila nak makan goreng aje seringgit....ha...ha.....kalau masih ada stok lagi boleh buat juadah berbuka puasa nanti....cam mana..... penjimatan yang berganda2 kan......ala jangan lah cakap......beli aje lagi senang......tu sudah semestinya tapi kan tak ada kepuasan lah.......
Saturday, August 7, 2010
Mertua den datang lagi...
So dengan kehadiran depa....weols ambik peluang weekend ni....untuk shopping baju raya bersama2....bukan shopping apa pun....shopping baju2 melayu dan baju tradisional dulu.......baju2 berteraskan barat mudian lah......masa bulan puasa nanti baru beli. Lagi pun bila mak mertua den ni datang.....tempat yang paling dia suka gi adalah Nilai......tak jemu ko.....weols rasa kali ni....weols spend masa yang paling lama di Nilai. Kalau diikutkan hati banyak benda yang den nak beli untuk sambut raya ni......tapi kalau diikutkan gaji.......banyakkan tengok je lah.......
Friday, August 6, 2010
Gara-gara take five...
Pagi jumaat tu masa den mengajar di dewan.....entah macam mana.....student den yang lemah gemalai orang nya boleh jatuh tangga masa nak gi toilet......kalau ditengokkan situasi tangga tu memang tak munasabahlah leh jatuh tapi malang kan tak berbau.....boleh terpelecuk dan jatuh.....mula2 member2 dia tengok je......bila den dah sound baru lah ramai2 gi tolong......alahai sampai nagis2 budak tu....terharu ke....sakit ke.....apa ke.....tapi yang pastinya buku lali yang terkehel tu pernah retak lah pulak.......hmmm sabar aje lah....nasib baik ok lepas tu dan boleh jalan.....dan take 5 dah jadi take 15.......
Thursday, August 5, 2010
Ibu jangan masuk tau...
1. Ibu malam nanti ibu jangan masuk dalam mimpi abang ye...
2. Ibu abang tak sukalah ibu ada dalam mimpi abang.
3. Kenapa ibu masuk dalam mimpi abang...
Persoalannya: Mengapa Lip Lap tak suka den masuk dalam mimpinya.
Adakah kerana:
a. Den menjadi raksasa dalam mimpinya.
b. Den asyik pot pet dalam mimpi dia.
c. Den selalu jadi pengacau dalam mimpi dia
d. Den jadi penjahat dalam mimpi dia..
e. Semua jawapan di atas adalah betul.
Moralnya: biar jahat didalam mimpi jangan jahat di alam realiti......ayat menyedapkan hati...
Tuesday, August 3, 2010
Kursus Orientasi Kurikulum Baru
Sunday, August 1, 2010
MUST TRY...
Habis tu nak makan apa pulak ni.....orang baru nak terlelap.....Lip Lap potong stim betul lah.....Abang ingat abang nak makan nasi putih aje ibu. Mana pulak nak cakau nasi petang2 ni. Cuba ambik menu tu......ibu tengokkan......nasi goreng RM19....mee goreng cina RM15......Asam Pedas Klebang...RM7.80....lepas tu siap ada tulis MUST TRY....apa lagi makan nasi ngan asam pedas aje lah ye......Hasilnya memang berbaloi dengan harganya.....murah dan ok....kalau pergi Klebang Beach Resort memang kena try Asam Pedas dia memang tak rugi.......