Saturday, January 16, 2010

Dekat Tak Tergapai Jauh Tak Tercapai

Sudah seminggu lebih abah meninggal dunia……kadang2 bayangan abah menerpa di minda den….terutama pada masa2 tertentu…..bila den dengar orang azan…..bila dengar orang mengaji dan bila den lepas sembahyang……bayangan yang datang sentiasa sama….bukan semasa abah sakit tapi semasa abah muda….pakai baju melayu biru….pakai songkok…..kain pelikat….suasana abah baru balik sembahyang dari masjid…..setakat ni den tak pernah lagi mimpi abah…..insyallah den berdoa agar roh abah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.Amin.

Sejak abah meninggal den menghentikan acara berblog buat sementara untuk menghormati pemergian abah den…..tapi tangan gatal aje nak menaip…tapi sabar je lah….banyak sebenarnya benda yang den nak luahkan terutama bila den tak berkesempatan melihat jenazah abah buat kali terakhir….hanya gambar2 dari jarak jauh saja yang dapat den lihat….dan cerita2 dari adik2 dan kakak2 den aja…..tapi den puas hati bila dengar cerita wajah abah berseri2 dan kelihatan tersenyum…insyallah…insyallah abah….den pula akan kuat dan terus jadi anak kebanggaan abah seperti yang abah katakan dulu2…..

Den tahu semua yang telah terjadi itu ….telah tertulis sejak azali....yang mana dalam 8 orang anak abah….den seorang je yang tak berkesempatan melihat abah buat kali terakhir……den redha……ANDAI ITU TAKDIRNYA…..

No comments: