Tuesday, November 3, 2009

Kursus lah pulak

Kali ni den berkesempatan untuk menghadiri kursus PPK yang bertajuk….wah2 bertajuk tu…Teknik Persembahan….masa sesi pengenalan malam tu ada peserta bagitau dia ingatkan kursus teknik persembahan drama…..kelas gitu kelas drama….tapi bukan yek….kursus ni lebih kepada pembelajaran tentang Powerpoint dan Movie maker……lepas balik kursus nil eh buat drama lah…….

Outstation kali ni agak tragis sekali sebabnya….abeshuk pulak kena mesyuarat….time yang sama….tempat je berbeza….den kat Pearl International Hotel…..abeshuk kat May Tower berhampiran dengan Semua House…..best tu dekat ngan tempat shopping….ada harapan den dapat present ni…..hanya mengharap je……

So bila dah dua2 oustation….sapa nak jaga Lip Lap…..jawapannya Lip Lap secara sukarelanya nak tinggal dengan pengasuh dia…..tak pernah dibuat ko……tapi mulut dia tak berhenti2 mengaturkan menu hadiah yang weols kena belikan untuk dia. Den kena belikan dia set golf…….abeshuk kena belikan dia Transformer….mak oi…..selera dia memang besar…….like mother like son….he…he….

Den gi kursus ni pun tragis dan syahdu juga…….weols naik bas Politeknik …….ada 3 destination nak pi…..yang paling dekat tempat den lah Hotel Pearl International lepas tu May Tower kat Masjid India dan last sekali Hotel Crystal Oriental kat Selayang…….so bertolak kul 3…..ingat kan bas hantar den dulu….rupa2nya weols last sekali….….masakkkkkkkk dok dalam bas….jem lah pulak…..ko bayangkan naik kul 3 petang sampai kul 8 malam….hukkkk tension ….dengan laparnya dengan sejuknya dengan jamnya dengan nak terkucilnya…….

So hari jumaat ni kira berakhir lah kursus PPK den…..so den dah pun melangkapkan salah satu syarat untuk kenaikan pangkat iaitu kursus CPCM dan PPK….nampaknya dah cukup lengkap dah syarat2 untuk kenaikan pangkat…...pangkat je tak nak dekat2…….sabar je lah…..

Baru sekali terperangkap dalam jem dah merana jiwa dan raga.....macam mana lah orang KL boleh hidup dalam keadaan macam ni......stress mak
Ni lah buku manual untuk kursus Teknik Persembahan ni........kursus yang dianjur oleh Kolej Komuniti Teluk Intan.....tapi tenaga pengajarnya dari Monie It Resources

Suasana dalam bilik kursus yang nyaman dan sepoi2 angin .....den memang suka belajar pasal komputer ni......

No comments: