Tuesday, October 13, 2009

Bio Aura alhamdulilah


Kek rumah den sekarang ni dah ada Bio Aura.....bukan nak menunjuk2 tau.....tapi saje suka2 je nak bagi tau dunia...ha..ha...sebenarnya dah lama dah den nak beli penapis air ni tapi tak berkesempatan...maklumlah air kat PD ni bukan nye bersih sangat pun....berkeladak ko....hari2 kena beli air kat mesin untuk minum. Orang lain dah lama beli penapis air....merata orang ada....weols ni pun sebab ada perancangan nak pindah tu yang gagah beli air kat mesin tu.....tapi sekarang citer pasal nak pindah tu akan ditangguhkan kesatu zaman yang lebih sesuai...so kenalah belilah....lagi pun bayar ansur2 ko.....no interest......ada diskaun lagi...mana nak dapat.


Weols beli kat Perlis.....tu pun mak mertua den promote....sangat menyakinkan dan memudahkan....weols bawa balik masa cuti hari raya ari tu.......tapi peram 2 3 minggu.....baru pasang minggu lepas.....tu pun berposak2 ko nak memasang nya....siap buat siaran langsung dari Perlis masa nak pasang tu.....nama je belajar tinggi nak pasang pun heboh ko....ala weols ni kan bukan ada technical background .....alasan yang baik......last2 gi kat rumah member yang dah ada Bio Aura tengok macam mana nak pasang....alahai senang je.....alhamdullilah dah selamat dah weols menikmati air berteknologi nano...maklumlah weols sangat kuat minum air suam...dengan adanya Bio Aura ni harap2 boleh lah jimat sikit ....ehmmm cepatlah sikit weols ni jadi kaya.......

Den ada gak baca artikel pasal Keunikan Dan Kebaikan Air Bio Aura Kepada Pengguna. Antaranya:
1. Air menjadi lazat tanpa dididihkan.
2. Bertenaga (Aura) meningkatkan keaktifan sel.
3. Mempercepatkan proses -######bolisme-.
4. Meningkatkan kapasiti nutrien (mineral).
5. Meningkatkan kandungan oksigen.
6. Molekul air halus memudahkan diserap.
7. Melancarkan aliran peredaran darah.
8. Membaiki sistem penghadaman.
9. Mencegah masalah berkaitan jantung.
10. Menyingkirkan bahan2 tidak diperlukan.
11. Memperbaikan perpeluhan dan melegakan kepanasan.
12. Membantu komunikasi antara sel dan kelajuan maklumat.
13. Tidak mempunyai kesan magnetik tinggi.
14. Kelembapan kulit dan memperlahankan penuaan.
15. Meningkatkan kemampuan sistem immuniti.
16. Nilai ph setara dengan manusia.
17. Kegunaaan domestik untuk kesegaran makanan.
(Pengguna produk Bio Aura dinasihatkan untuk meminum 8 gelas dengan dimulakan kalimah "Bismillah dan Bacalah selawat")
Macam2 kebaikan dia.......harap2 betul lah...bukan kena kelentong hidup2....anyway den ni bila air minum tu tak berkeladak dengan 5K dah cukup dah.....apa dia 5 K tu...kotoran, karat, klorin, kuman dan kimia.....

No comments: