Tak ade angin tak ada ribut tiba-tiba Lip Lap nak gi sekolah. Semuanya gara-gara Ultraman. Petang tu lepas den balik keje...bila den ambik dia...dia minta den beli ultraman....Nak ultraman apa lagi kan kat rumah dah banyak kata den. Lip Lap cakap dia tak de lagi ultraman kosmo. Hai banyak sungguh jenis ultraman ni. Den pulak tak semena-mena kata kalau nak ultraman esok kena gi sekolah. Lip Lap selama ni kalau cakap pasal sekolah...tak pernah yang nak gi sekolah...dengan nada tegas dia akan cakap adik tak mahu sekolah...Tu sebab bila den dengar dia nak gi sekolah terus den gi kedai beli Ultraman. Petang dan malam tu keputusan dia nak gi sekolah tetap sama walaupun ultraman kosmo dah ada dalam gengaman.
Esok tu den terus daftar dan hantar dia gi sekolah Tadika Cerdas dan Pintar sebelah rumah pengasuh dia je. Senang cerita gi discuss ngan teacher dia bayar permulaan RM465 bulanan RM110. Yo..yo masuk poly pun tak semahal ni lah...Tapi tak pe banyak benda yang Lip Lap belajar...Janji Lip Lap nak gi sekolah. So ingat Lip Lap 14 Januari 2009 adalah tarikh Lip Lap kesekolah tau....Yang den paling kagum baru berapa hari gi sekolah dah leh pegang pensil ngan betul sedangkan selama ni berbuih dah mulut den ajar cara pegang pensil dengan betul tapi hampeh....Anyway thanks a lot Ultraman....Ultraman ni adalah idola Lip Lap...wall tak leh kutuk langsung Ultraman dan keturunan ultraman...kalu kutuk gak...kena minta maaf ngan Lip Lap....amboi macam PA ultraman je
No comments:
Post a Comment