Hari Pertama
Pagi-pagi lagi dah bangun…lepas sembahyang terus lipat baju Lip Lap kemas bilik pakaian….. Sarapan pagi ari tu roti dan telur mata kerbau aje. Lepas tu sidai baju….dan teruskan usaha menarah rumput kat laman sekangkang kera den tu. Berbekalkan cangkul hikmat..den menarah….cangkul hikmat tu pun bergantung pada cuaca ….ada masa ok ada masa tercabut…..Hait bukan tak nak beli cangkul baru tapi masuk ni dah beli 3 cangkul tapi semua kena curi… cangkul sedia ada ni le yang panjang sikit umur dia…Hari ni nampak clear sikit depan rumah den…..Tak caya tengoklah sendiri…..
laman ku yang dalam proses tarahan...ok lah tu...
Cangkul yang digunakan untuk cangkul....ni lah cangkul hikmat...lama dah den bela
Antara perkara yang perlu dilakukan luar laman rumah:
1.Tanam semula pokok-pokok bunga yang satu ketika dahulu meriah….tunggu dulu kot-kot kerajaan nak bagi subsidi bunga pada penduduk taman ke…
2. Cat semula dinding depan rumah yang dah hangus nampaknya……Bila ye abeshuk….
3. Motor abeshuk ni dah expired dah road tax dia…kalau nak hidupkan balik kena gi JPJ…..nampaknya kena export balik Perlis ni....kat Perlis ada program Jalinan Mesra….boleh kira……bila ye nak pos kan…kena hantar kat pejabat pos kat Senawang….masaalah ni….
4. Nak cipta sistem supaya kasut depan rumah tu tersusun je…..kena ikut sistem poly gak ni….denda min RM50 kalau masuk rumah tak susun kasut….tengoklah kalau orang tak tau ingatkan ada ramai penghuni rumah ni…
Lepas berkemas dalam kul 10 pagi pergi Pejabat Pos untuk renew lessen memandu den dan abeshuk….hari ni last date dia semalam dah gi tapi line tak de…nasib baik settle gak hari ni…kalau tidak weols bercuti tanpa ada lessen…..mahu meraung den….tak leh nak gi kemana-mana…Lepas tu round PD …dan last-last gi Lukut cari orang service aircond….
Hari kedua
Hari ni merupakan hari penungguhan. Seperti yang dijanjikan oleh tokey kedai air-cond hari ni nak datang service. Dah berapa hari weols kepanasan…panas..panas.. (ifa raziah). So tungguuuuuuu sampai kul 3 pun tak datang lagi….hangit dah rasa…tak puas hati den telipon tokey tu…adakah patut dia kata tak de pekerja …kalau nak service gak lepas raya cina….puaka niang rapik betul ΨΏφӨ!!¿€/ . Maklum lah bila tak de aircond ni nak meradang aje….tak leh salah sikit… ΨΏφӨ!!¿€/ .Buang masa je…sepatutnya masa ni kurang-kurang dah ada kat Jusco paling bodoh pun dah ada kat Billion.
Menu untuk hari tu..masak lemak cili api pegaga ngan kepala ikan merah....ngan ikan pekasam
Keluar tetap kena keluar tak keluar fening kapla. Petang tu gi rumah Makcik Yam Resdong. Abeshuk nak try….dia guna lipas tanah ngan limau….lepas tu ulat dari muka pun menari breakdancelah atas muka kita…den pun apalagi tumpang sekakilah...wat gak.. tapi ulat kat muka den dah tak lumayan berbanding masa baru-baru buat dulu…...den rasa abeshuk puas hati….sebab dia ajak den gi lagi….
Hari Ketiga
Pagi lagi den dah kedapur buat beberapa juadah untuk dibawa bekal balik ke Melaka. Salah satunya buat kek coklat…kegemaran anak buah den….tiap kali balik selalunya buatlah….
Sampai kat sana apa lagi abeshuk sauklah ikan koli dari kolam.....bakar atas bara api…..sodap…..manis…den meratah lah…..kat kampong den…abang ipar bela ikan koli dalam kolam ….ada 3 kolam….semua ada ikan koli…..selalu kalau balik Melaka balik PD nanti bawa stok ikan koli ngan ayam kampong kalau nasib baik telur ayam kampong pun ado…..syiok betul…..
Hari ke 4.
Hari ni weolsl planning nak gi Seremban. Destinasi pertama nak gi Mydin…nape gi mydin …den nak beli…sabun dan beberapa barang yang hanya jual kat Mydin je…keluar dari Mydin…lepas tu gi beli barang-barang dapur kat Tesco…..seterusnya jalan-jalan tengok kepala ikan kat Jusco…alhamdulilah ada 2 kepala ikan merah yang weols ambik…Boleh 3,4 kali masak …balik nanti leh wat sup kepala ikan merah….sok leh wat asam pedas, tulat wat kari……hari-hari makan kepala leh ke?
2 comments:
"Petang tu gi rumah Makcik Yam Resdong. Abeshuk nak try….dia guna lipas tanah ngan limau….lepas tu ulat dari muka pun menari breakdancelah atas muka kita…den pun apalagi tumpang sekakilah...wat gak.. tapi ulat kat muka den dah tak lumayan berbanding masa baru-baru buat dulu…...den rasa abeshuk puas hati….sebab dia ajak den gi lagi…".
Awat tak captured gambar ? Nak tengok ulat tu... Leh bagi alamat kat mana tmpat tu..?
Ulat tu halus....payah nak tangkap. Kena guna kamera canggih...payah nak bagi alamat...kena gi tunjuk sebab masuk ke dalam....atas lagi dari pasir panjang.
Post a Comment