Hari Sabtu 13 Ogos 2011…..tau nape den bagi tarikh ni….bukannya tengah buat persediaan nak sambut merdeka ke apa ke. Tapi nak cerita pada hari tu weols baru perasaan yang motor yang sentiasa ada kek tepi dinding tu dah hilang. Kena kebas dek penyamun tarbus. Habis diangkatnya motor kesayangan abeshuk. Dijangka hilang masa selepas magrib hingga pukul 10 malam. Masa tu abeshuk gi sembahyang terawih…..masa pergi tu tak de lah katub pagar. Balik dari terawaih terus kunci gate segala. Esok dah didapati motor dah ilek. Kiranya diambil diawal malam lah kan. Tak logik pula penyamun tu ambil masa tengah2 malam sebab gate kunci….lain lah kalau penyamun tu ada kuasa ultra ke apa ke boleh angkat motor tu dengan jari yo.
Padan lah pagi tu masa den menyapu kek tempat motor tu….rasa lapang je jiwa….tapi masih tak perasaan motor abeshuk tu tak de. Nasib baik masa abeshuk tengah berkebun tu dia perasan baja yang dia letak kat motor tu semalam dah tak de. Nasib baik perasaan kat baja tu kalau tak sampai bila2 pun tak perasaan kehilangan motor tu.
Apa-apa pun lepas sedar kehilangan tu…perasaan kehilangan sungguh terasa….walaupun jarang gunakan motor tu tapi bila motor tu dah tak de rasa macam sedih pun ada. Pagi tu juga weols ke balai polis…buat report….iyelah manalah tau nanti digunakan pulak motor tu untuk buat kerja2 kejahatan yang lain…….tak pasal-pasal pulak kang weols yang kena tangkap. Nahiiiiii
Ni lah lokap dalam balai polis tu......den ni bukan tau peraturan ke apa....gi lah tengok lokap ni dekat2....iyolah jakun sekejap.....ada ke patut ada polis tu sound den....suara dahlah macam dalam tv bila polis kejar pencuri tu....Jangan bergerak....kalau bergerak kami tembak.....tapi dia tak delah kata macam tu.....dia kata saya tak benarkan awak tengok lokap...blah...blah....hello cakap lemah lembut sikit boleh tak.....ke dia cakap memang macam tu....den je yang perasaan tak...he...he....feeling gerak khas.....
No comments:
Post a Comment