Kalau ibu pakai tudung macam kat bawah ni mesti cantik kan....kan...kan.....Lip Lap boleh jawap...
Sunday, August 21, 2011
So cute
Kalau ibu pakai tudung macam kat bawah ni mesti cantik kan....kan...kan.....Lip Lap boleh jawap...
Saturday, August 20, 2011
Tak sempat tunggu raya
Ada ke patut keluar aje dari kedai terus nak mengacu. Kurang2 balik rumah barulah acu apa yang patut…..lepas tu baru feeling2 raya kan. Tapi budak2 sekarang ni tak de nya nak menerai ke apa ke…..dah biasa bebenor dapat baju baru…..kasut baru.
Tapi entah macam mana masa shopping beli kasut raya Lip Lap….dia nak try dalam shopping complex tu jugak….Apak dia pulak melayan….iyelah anak kan puasa…..kang tak bagi dia lalak pulak….mahruh kan….he…he…
Pakai kasut pun tak reti lagi...ada hati nak menerai ye....terhenam macam boss...
Senyum bila apa yang dihajat dah tercapai.....pakai elok2 jangan sampai kotor nanti nak ulang tayang pakai masa raya...
Tuesday, August 16, 2011
Buat apa kat Balai Polis tu?
Hari Sabtu 13 Ogos 2011…..tau nape den bagi tarikh ni….bukannya tengah buat persediaan nak sambut merdeka ke apa ke. Tapi nak cerita pada hari tu weols baru perasaan yang motor yang sentiasa ada kek tepi dinding tu dah hilang. Kena kebas dek penyamun tarbus. Habis diangkatnya motor kesayangan abeshuk. Dijangka hilang masa selepas magrib hingga pukul 10 malam. Masa tu abeshuk gi sembahyang terawih…..masa pergi tu tak de lah katub pagar. Balik dari terawaih terus kunci gate segala. Esok dah didapati motor dah ilek. Kiranya diambil diawal malam lah kan. Tak logik pula penyamun tu ambil masa tengah2 malam sebab gate kunci….lain lah kalau penyamun tu ada kuasa ultra ke apa ke boleh angkat motor tu dengan jari yo.
Padan lah pagi tu masa den menyapu kek tempat motor tu….rasa lapang je jiwa….tapi masih tak perasaan motor abeshuk tu tak de. Nasib baik masa abeshuk tengah berkebun tu dia perasan baja yang dia letak kat motor tu semalam dah tak de. Nasib baik perasaan kat baja tu kalau tak sampai bila2 pun tak perasaan kehilangan motor tu.
Apa-apa pun lepas sedar kehilangan tu…perasaan kehilangan sungguh terasa….walaupun jarang gunakan motor tu tapi bila motor tu dah tak de rasa macam sedih pun ada. Pagi tu juga weols ke balai polis…buat report….iyelah manalah tau nanti digunakan pulak motor tu untuk buat kerja2 kejahatan yang lain…….tak pasal-pasal pulak kang weols yang kena tangkap. Nahiiiiii
Ni lah lokap dalam balai polis tu......den ni bukan tau peraturan ke apa....gi lah tengok lokap ni dekat2....iyolah jakun sekejap.....ada ke patut ada polis tu sound den....suara dahlah macam dalam tv bila polis kejar pencuri tu....Jangan bergerak....kalau bergerak kami tembak.....tapi dia tak delah kata macam tu.....dia kata saya tak benarkan awak tengok lokap...blah...blah....hello cakap lemah lembut sikit boleh tak.....ke dia cakap memang macam tu....den je yang perasaan tak...he...he....feeling gerak khas.....
Monday, August 15, 2011
Durian
Weols beli buah kelapa muda 3 biji.....lepas tu den pulak terpedaya dengan bau buah durian tu....nak ambil ke tanak ambik....tapi last-last ambil sebiji. Beliang beliut jugaklah nak habiskan....iyelah den sorang aje yang makan.....orang lain buat tak nak. Lepas tu minum air adalah banyak....alhadullilah tak jadi apa2.....he...he....puasa macam biasa aje.....
Tukang tengok den makan.....Lip Lap ni ada hari dia makan durian....ada hari secubit rasa pun tak nak....
Sunday, August 14, 2011
Moreh
Kat tempat uols ada buat moreh tak. Kat kampung2 selalunya adalah buat moreh kan. Tapi yang bestnya kat taman den ni pun ada buat moreh tau…..setiap hari dah dijadualkan lorong mana kena buat. Bak kata orang dari ramadhan pertama hingga ramadhan terakhir dah ditentukan lorong2nya. Nasib baik lorong den kena pada hari hari Ahad…..boleh gak lah tolong2 kan mana yang patut….iyelah idup bermasyarakat kenalah bercampur gaul dengan jiran2 setempat kan.
Kebetulan pot untuk masak moreh kali ni adalah kat rumah jiran….sebelah rumah den yo…..dio lah gi kutip duit…..diolah gi beli barang….dia lah volunteer masak…….alhamdulliah susah nak cari orang macam ni…..banyak pahalo dia yo….tengahari tu abeshuk dan sound2 den suruh gi tolong…..dalam pukul 11 pg den dah gi tolong potong…..hiris….cuci dsb……adalah 2 3 orang yang datang……Menu pilihan hati untuk moreh kali ini adalah bihun sup.Kul 2 petang baru den balik…..petang nanti pulak adalah acara bungkus membungkus…….part ni den datang kojap yo…..tolong bungkus sikit….lepas tu mintak izin nak gi jenjalan kat pasar ramadhan….bagi peluang kek orang lain pulak menolong…..bukan ramai pun adalah 5 6 orang….Susah sekarang ni kalau nak buat gotong royong ke apa ke orang dah tak berapa nak join……nape ek?.
Yang menolongnyo adalah sedikit......yang lebihnya adalah budak2......
Wednesday, August 3, 2011
Muka budak puasa
Ini lah rupanya bila budak kecik berpuasa…..pucat lesi uols. Tapi yang penting, semangat tu yang mahal….yang tak boleh dijual beli. Alhamdulliah dah 23 hari umat Islam berpuasa….dan syukur ke hadrat Allah swt juga den panjatkan kerana Lip Lap dapat menjalani ibadah puasa ni dengan mudah. Hanya tinggal sekerat hari aje….itu pun demam…..pengasuh suruh berbuka nak makan ubat……Lip Lap macam sayang aje nak tinggal puasa tapi bila weols sokong supaya berbuka….dia berbuka jugak lah.
Mula2 dulu den macam tak berapa percaya je Lip Lap puasa…. sihat je…..kuat pulak tu tak de le melepet je…..so den tunggu weekend untuk jadi dektective conan…..alhmdulliah lah memang puasa…tak de le gi dapur ke…bukak peti ais kea pa ke…..den ada gak sound kalau tak puasa cakap dengan ibu ye……dia kata abang puasa lah. Awal2 dulu den test suruh dia bernafas….den nak cium bau mulut dia……umakoi ….pitammmmm……den ni bukan apa….iyelah kalau nak dibandingkan den dulu…..6 tahun…puasa pun tak tau lagi….tau-tau raya je……dah sekolah rendah pun puasa sekerat hari….tu pun sebab mengikut falsafah arwah abah den…..budak2 tak payah puasa lagi…..seingat den lahkan….kalau pun den puasa…..bantai tido je….tu pun terkejut2 masa orang azan zohor….azan asar……lepas tu berangan2…jaga2 je azan magrib…….lepas tu kan kalau tengokkan fizikal tu tok sah cakap lah……. nazak sangatlah …..nak gi toilet pun terhuyung hayang….he…he….
Tu belum cerita lagi bangun sahur…..dulu kalau nak bangun sahur punyelah bercinta mak den mengejutkan den. Boleh mimpi2 dah bangun sahur…tu yang mak kena kejut berkali2 tu….den ingat lagi kejut ni pun ada beberapa kategori….mula2 mak den panggil …atih……lepas tu…..atihhhhhhh…….lepas tu…..ateehhhhhhhh….lepas tu….mila…..lepas tu…….melaaaaaaaaaaaah…..lepas tu kalau ko tak bangun lagi hah nak kena flashback balik lah apa terjadi…..lain dengan Lip Lap ni….den panggil sekali dua je….dia dah bangun. Senang bangun sahur tapi banyak oh songgel…..tuang air lebih naik angin……nasi letak lebih naik angin…..apa2 lah labu janji angin sekejap je.
Hari ini 23/8/2011 den menyusun 10 jari kaki dan tangan kepada abeshuk dan Lip Lap sebabnya den lupa kunci jam…..selalu walaupun dah kunci jam den akan terjaga sendiri juga….tapi hari ni tak terjaga….malam tadi letih bebenor terlupa nak kunci jam…..dan dengan takdirnya den terjaga pada pukul 6 pg….dan akibatnya hari ini semuanya tak bersahur…..maafkan ibu ye Lip Lap…..tak pe kata Lip Lap. Persoalannya mampukah Lip Lap berpuasa tanpa sahur? Kita tunggu petang ini.