Sunday, October 17, 2010

Oh...inilah rupanya boiler

Alang-alang dah berada di FRIM....weols gi lah melawat tempat kerja abang ipar den.....khabarnya dah seminggu lebih abang ipar den menjaga boiler......kekdahnya perkataan boiler ni dah lama sinonim dalam minda adik beradik den.....sebabnya kalau ada gathering family, kenduri ke apa ke......family klong tak dapat balik sebab abang ipar den jaga boiler.....so sebelum ni musykil jugak lah......apa ke bendanya boiler tu sampaikan kena jaga 24 jam weekday dan weekend pun kena kerja juga......tapi sekarang weols dah faham dah.....selepas lawatan secara tak rasmi ke tempat kerja abang J.

Kalau den lah kena kerja macam ni boleh kejung sorang2......stress mak......tetiba berasa bersyukur sangat2 dengan kerja sekarang ni......walaupun gaji tak seberapa tapi weekend tu ada cotiiiiii. Tapi bukan le kerja abang ipar tu semedang je macam tu ada masa dan ketikanya lah....bila tu....bila boiler jalan.....dah..

Wah2 macam lawatan rasmilah pulak......beratur ambik tempat.....


Abeshuk yang gembira disamping boiler yang tengah jalan......boiler ni adalah alat untuk mengeringkan air dalam kayu.......lebih kurang lah tu......kang den cakap kaedah saintifiknya kang den sendiri pun tak paham

Bilik menunggunya.....masyuk sejuk ngan aircond.......hai Lip Lap buat macam opis sendiri nampaknya.....

Klong membawa Klang melawat kawasan.......abang J pulak sibuk memberi penerangan kat weols yang macam rusa masuk bandar......

Abeshuk yang bergaya ala2 mandur.....sedang melihat alat2 yang terlibat......

Klang yang agak semput mendengar penerangan tentang kerja2 abang J.....

Klong yang bersungguh2 memberi penerangan kepada weols sampai bersimpuh2 lagi.....cam episod gadis melayu pulak.......


No comments: