Tuesday, March 31, 2009

Earth Hour

Banyak betul berita pasal earth hour ni...dalam paper...dalam tv pun ada....apa ye...antara beritanya:

SHAH ALAM, 25 Mac - Kempen sedunia ‘Earth Hour’ yang mahu pemanasan global dikurangkan mendapat sokongan kerajaan negeri, menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar hari ini.
Beliau yang turut memangku bersama portfolio Alam Sekitar berkata semua anak syarikat kerajaan negeri termasuk bangunan-bangunan kerajaan serta pusat membeli-belah akan turut menyertai kempen berkenaan.
“Marilah kita semua menutup lampu selama satu jam sebagai tanda sokongan, ini juga adalah merupakan tanda sokongan jutaan penduduk dunia untuk menyelamatkan bumi daripada pemanasan global untuk kesihatan generasi akan datang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco petang tadi.



Cam mana nak join ke....apa salahnya kan...sokong je lah...bukanya kena bayar apa2 pun...tapi masalahnya Lip Lap macam mana nak terangkan pada Lip Lap....sebab pada hari2 biasa pun nak tutup lampu ni masalah sikit....Lip Lap tak bagi.....sebab dia belum nak tidor lagi......petang 28 mac tu den bawa Lip Lap ke pasar malam...balik tu dalam kereta den terangkan lah malam ni kita kena sokong earth hour untuk mengurangkan pemanasan global.....terang...punya terang ....sampailah Lip Lap cakap....oh kita nak jimat elektrik ye bu....yes...yes...faham akhirnya...so dia setuju....malam tu belum pukul 8.30 lagi dia dah bersedia nak padam api....actually malam tu weols memang tutup semua lampu dan aircond (unessential) dan buka hanya satu tv, kipas dan peti ais aje....Lip Lap pula tengok upin dan ipin dalam komputer yang telah dicas.

Lip Lap tengah menonton upin dan ipin dalam gelap
Ramai gak jiran2 yang tidak tutup lampu

No comments: